• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Motor Rosak Tengah Jalan? Ini Apa Yang Perlu Anda Buat

Motor Rosak Tengah Jalan? Ini Apa Yang Perlu Anda Buat
Hazique Zairill
March 19, 2026

Motor rosak, buat hal tengah jalan? Jangan panik! Ikut step ini supaya perjalanan anda kekal selamat dan paling penting, keselamatan anda sendiri.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pernah tak tengah best ride tiba-tiba motor buat hal? Sama ada enjin mati, tayar pancit atau battery kong, situasi macam ni memang boleh buat kita stress, lagi-lagi kalau jadi di highway atau waktu malam.

Tapi sebenarnya, yang paling penting adalah jangan panik dan tahu apa langkah yang perlu dibuat. Jom kita tengok apa yang anda boleh buat kalau motor rosak tengah jalan.

1. Kekal Bertenang, Jangan Panik

Bila motor tiba-tiba rosak, memang normal untuk rasa panik. Tapi panik hanya akan buat kita buat keputusan yang salah. Tarik nafas, bertenang dan cuba faham apa yang sedang berlaku. Fokus kepada keselamatan dulu sebelum fikir pasal motor.

2. Alihkan Motor ke Tempat Selamat

Ini langkah paling penting. Kalau motor masih boleh bergerak sedikit, cuba bawa ke bahu jalan, lorong kecemasan atau kawasan yang lebih selamat. Kalau enjin mati terus, turun dan tolak motor ke tepi.

Elakkan berhenti di selekoh, kawasan gelap atau laluan laju kerana risiko dilanggar sangat tinggi. Lagi jauh dari aliran trafik, lagi selamat.

3. Pasang Hazard Light atau Bagi Signal

Kalau motor anda ada hazard light, terus hidupkan supaya pengguna jalan raya lain boleh nampak anda dari jauh. Kalau tak ada, gunakan isyarat tangan untuk beri amaran.

Kalau ada, letakkan reflective triangle atau pakai vest reflektif. Ini sangat membantu terutama waktu malam atau hujan.

4. Check Masalah Basic (kalau tahu)

Kalau anda biasa dengan motor sendiri, cuba periksa beberapa perkara asas:

  • Minyak masih ada atau tak
  • Battery lemah atau tak (starter tak bunyi)
  • Enjin overheat (terlalu panas)
  • Rantai putus atau longgar
  • Tayar pancit

Kadang-kadang masalah kecil saja dan boleh diselesaikan di situ. Tapi jangan paksa kalau tak pasti.

5. Jangan Repair di Tempat Bahaya

Walaupun rasa nak cepat settle, jangan cuba repair motor di tempat yang berisiko tinggi. Contohnya di tepi highway yang sibuk atau kawasan gelap.

Lebih baik tunggu bantuan daripada ambil risiko. Keselamatan diri lebih penting daripada motor

6. Hubungi Bantuan

Kalau tak boleh selesaikan sendiri, terus hubungi bantuan. Anda boleh call family, kawan atau servis seperti iMotorbike Rescue.

Dengan servis ini, anda tak perlu risau, team iMotorbike Rescue akan datang ke lokasi anda dan bantu uruskan situasi, sama ada towing atau baiki terus di tempat kejadian.

7. Tunggu di Tempat yang Selamat

Sementara tunggu bantuan, jangan duduk sebelah motor atau terlalu dekat dengan jalan. Cari tempat yang lebih selamat seperti belakang guardrail atau kawasan yang jauh sedikit dari laluan trafik. 

Kalau terjadi pada waktu malam, pastikan anda sentiasa visible kepada kenderaan lain. Ini untuk mengelakkan daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini atau lebih teruk. 

Extra Tips:

Sebelum ride jauh especially balik kampung atau travel, pastikan:

  • Simpan nombor bantuan seperti iMotorbike Rescue
  • Phone battery cukup atau bawa powerbank
  • Bawa basic tools atau tyre repair kit
  • Check kondisi motor sebelum keluar

Langkah kecil macam ni boleh selamatkan anda dari situasi yang lebih susah nanti.

Akhir kata, motor rosak memang tak boleh dielakkan. Tapi dengan persediaan dan tindakan yang betul, anda boleh handle situasi dengan lebih tenang dan selamat.

Related Items2026apriliaHondaimotorbikekawasakiktmmalaysiaMotor RosaknewnewssuzukiUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
March 19, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026apriliaHondaimotorbikekawasakiktmmalaysiaMotor RosaknewnewssuzukiUtamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S
Top 5 Selekoh Beracun di Malaysia 2026