• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara
Amzar Hazeeq
February 11, 2026

Prestasi konsisten Qabil Irfan, peningkatan Qayyim Razin dan rentak stabil Naqib Rifqi beri petanda awal yang memberangsangkan menjelang musim 2026.

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Sesi Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup yang berlangsung di PETRONAS Sepang International Circuit dari 8 hingga 10 Februari 2026 memberikan impak positif kepada ketiga-tiga pelumba negara. Prestasi mereka mencerminkan persiapan yang mantap menjelang pusingan pertama musim ini di Thailand.

Qabil Irfan menunjukkan konsistensi dan kesungguhan sepanjang ujian, sekaligus menamatkan sesi di kedudukan kedua keseluruhan. Qayyim Razin pula memperlihatkan peningkatan berterusan dari satu sesi ke sesi yang lain, menamatkan ujian di tempat ke-11 keseluruhan. Sementara itu, Naqib Rifqi mempamerkan rentak stabil sepanjang dua hari ujian dan berada di kedudukan keenam keseluruhan.

Menurut Zulfahmi Khairuddin, Pengurus Pasukan SIC Racing, meskipun keputusan ujian amat memberangsangkan, masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum pusingan pertama berlangsung pada 27–28 Februari 2026 di Buriram, Thailand. Pasukan akan meneliti setiap kelemahan yang dikenal pasti bagi memastikan prestasi pelumba berada pada tahap terbaik.

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup 2026

“Official Test Moto4 Asia Cup berjalan lancar. Ketiga-tiga pelumba menunjukkan prestasi kompetitif, terutamanya Qabil Irfan yang mencatat masa terpantas hampir setiap sesi, kecuali sesi terakhir akibat terjatuh. Saya yakin masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki, khususnya bagi Qabil dan Qayyim. Saya menantikan perlumbaan Round 1 di Thailand dan berharap semua pelumba mampu bersaing di kelompok hadapan serta membawa pulang podium musim 2026,” kata Zulfahmi Khairuddin.

Ujian rasmi ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelumba menyesuaikan diri dengan trek, tetapi juga membolehkan pasukan menguji strategi dan persediaan teknikal bagi memastikan musim 2026 bermula dengan momentum yang positif.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotormalaysiaMoto 4Moto 4 Asia Cupsukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
February 11, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotormalaysiaMoto 4Moto 4 Asia Cupsukan motorUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Naik Kapcai, Pakai Helmet Fullface — Kenapa Tidak?
Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK