• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship

RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship
Amzar Hazeeq
February 16, 2026

Penjenamaan baharu perkukuh laluan pembangunan pelumba cilik seawal usia 6 tahun dalam ekosistem sukan permotoran negara.

RCB MotoKidz Championship

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

ZK Racing selaku penganjur rasmi kejuaraan pembangunan akar umbi negara hari ini mengumumkan bahawa RCB MiniMoto Championship kini dikenali sebagai RCB MotoKidz Championship, berkuat kuasa serta-merta.

Penjenamaan semula ini menandakan satu langkah strategik dalam usaha memperkemaskan struktur pembangunan pelumba muda di Malaysia, selaras dengan hala tuju jangka panjang pembangunan sukan permotoran dua roda di peringkat nasional dan antarabangsa.

Komitmen berterusan RCB dalam pembangunan bakat muda

Sebagai penaja utama, RCB terus komited untuk menyokong pembangunan kejuaraan ini secara berterusan dan strategik. Sejak tahun 2025, RCB memainkan peranan penting dalam menyokong usaha mencungkil dan membentuk bakat pelumba muda negara.

RCB MotoKidz Championship akan diteruskan untuk tahun kedua dengan lima pusingan perlumbaan sebagai kelas sokongan kepada kejuaraan FIM MotoMini Malaysia, yang dijadual membuka tirai musim pada Mei 2026. Penganjuran kejuaraan ini terus menerima sambutan amat menggalakkan daripada komuniti permotoran tempatan.

Selaras dengan struktur penjenamaan antarabangsa

Penukaran nama dan logo dibuat bagi menyelaraskan penggunaan istilah “Moto” dalam keseluruhan struktur pembangunan sukan permotoran dua roda. Langkah ini selari dengan penjenamaan kejuaraan di peringkat nasional dan antarabangsa seperti:

  • MotoMini (sebelum ini dikenali sebagai MiniGP)
  • Moto4 Asia Cup (sebelum ini Asia Talent Cup)
  • Moto3 Junior
  • Kejuaraan dunia seperti Moto3, Moto2 dan MotoGP

Penjenamaan baharu ini sekali gus memperkukuhkan laluan pembangunan pelumba muda yang lebih tersusun dan progresif, bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga ke pentas kejuaraan dunia.

Fokus kepada pelumba cilik usia 6 hingga 9 tahun

Seiring dengan identiti baharunya, RCB MotoKidz Championship memberi tumpuan kepada penglibatan kanak-kanak berusia antara 6 hingga 9 tahun sebagai platform asas pembangunan bakat.

Kejuaraan ini berfungsi sebagai peringkat awal sebelum pelumba melangkah ke kategori seterusnya iaitu MotoMini. Ia sekali gus menjadi komponen penting dalam ekosistem pembangunan bakat sukan permotoran dua roda negara.

Menurut pihak ZK Racing, penjenamaan semula ini bukan sekadar pertukaran nama, tetapi mencerminkan visi jangka panjang untuk membina struktur pembangunan yang lebih jelas, konsisten dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Dengan identiti baharu sebagai RCB MotoKidz Championship, ZK Racing yakin kejuaraan ini akan terus menjadi platform penting dalam melahirkan generasi pelumba cilik yang berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam arena sukan permotoran profesional.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotormalaysiarcbRCB MotoKidz Championshipsukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
February 16, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotormalaysiarcbRCB MotoKidz Championshipsukan motorUtama

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hujan, Panas, Banjir: Bagaimana Cuaca Boleh Buat Motor Cepat Rosak
Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?