• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Motosikal Bajet Terbaik: Top 5 Pilihan Bawah RM7,000 di Malaysia

Motosikal Bajet Terbaik: Top 5 Pilihan Bawah RM7,000 di Malaysia
Amzar Hazeeq
January 8, 2026

Mencari jentera yang jimat poket tetapi tetap padu? Kami senaraikan motosikal paling berbaloi dengan harga bawah RM7,000 untuk pasaran sekarang.

Motosikal Bajet Terbaik

Subscribe to our Instagram Channel for instant news & updates!

Motosikal kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk mengelakkan kesesakan trafik. Walau bagaimanapun, anda tak perlu pun berbelanja besar untuk memiliki sebuah jentera yang berkualiti. Pasaran tempatan kini menawarkan pelbagai pilihan yang jimat minyak serta mudah dijaga. Jadi, inilah dia lima motor terbaik yang korang boleh dapat dengan bajet bawah RM7,000.

Motosikal Bajet Terbaik

1. Modenas Kriss 110: Ikon Lasak Kebangsaan

Modenas Kriss 110 telah lama menjadi teman setia rakyat Malaysia. Untuk model tahun 2024, ia tampil lebih moden dengan kepatuhan piawaian Euro 4. Hal ini menjadikannya lebih mesra alam tanpa mengorbankan ketahanannya.

Kelebihan utama motor ini terletak pada kos penyelenggaraannya. Oleh sebab reka bentuknya ringkas, hampir semua bengkel boleh menyelenggara motor ini dengan harga murah. Motosikal ini berharga sekitar RM4,599 dan jika anda mahukan jentera yang tahan lasak untuk kegunaan harian, Kriss 110 adalah pilihan paling selamat.

Motosikal Bajet Terbaik

2. Honda BeAT: Lincah dan Pintar di Kota

Bagi mereka yang mahukan kemudahan, Honda BeAT adalah jawapan yang tepat. Skuter ini sangat popular kerana sistem “twist-and-go” yang memudahkan penunggang baharu. Selain itu, beratnya yang ringan membolehkan anda mencelah dalam trafik dengan yakin.

Keselamatan juga menjadi keutamaan melalui sistem Combination Brake System (CBS). Enjin 110cc eSP miliknya pula sangat terkenal dengan penjimatan petrol yang luar biasa. Dengan harga sekitar RM6,090, anda ditawarkan kualiti premium dalam pakej yang mampu milik.

Motosikal Bajet Terbaik

3. Yamaha Ego Avantiz: Gaya Sporty yang Mantap

Jika paras rupa menjadi keutamaan anda, Yamaha Ego Avantiz tidak akan mengecewakan. Ia dikuasakan oleh enjin 125cc Blue Core yang lebih bertenaga berbanding model 110cc. Oleh itu, tunggangan di lebuh raya akan terasa lebih stabil dan lancar.

Reka bentuk lampu LED yang tajam memberikan imej moden kepada pemiliknya. Tambahan pula, ia dilengkapi dengan ruang simpanan di bawah seat yang praktikal untuk kegunaan harian. Dengan harga sekitar RM5,900, ia memberikan nilai prestij jenama Yamaha yang sukar ditandingi.

Motosikal Bajet Terbaik

4. Aveta Ranger Max Explorer: Unik dan Berani

Aveta Ranger Max Explorer kini tular sebagai motosikal gaya adventure cub pertama di Malaysia. Ia mempunyai ground clearence yang tinggi serta tayar dual-purpose. Kesannya, jentera ini sangat sesuai untuk meredah jalan kampung atau aktiviti camping.

Meskipun harganya mencecah RM6,988, fleksibiliti yang ditawarkan sangat luar biasa. Anda boleh menggunakannya ke pejabat pada hari bekerja dan membawanya “healing” pada hari cuti. Inilah pilihan terbaik untuk mereka yang inginkan motosikal yang mempunyai kelainan.

Motosikal Bajet Terbaik

5. SM Sport 110R: Hero Pekerja Ekonomi Gig

SM Sport 110R mungkin kurang dikenali, namun ia penuh dengan ciri praktikal. Contohnya, ia didatangkan dengan slot pengecas USB secara standard. Ciri ini sangat membantu penghantar makanan yang sering menggunakan aplikasi navigasi di telefon.

Di samping itu, ia menggunakan tayar tubeless yang lebih selamat jika terkena paku. Harganya juga sangat kompetitif iaitu sekitar RM4,200. Ia membuktikan bahawa motosikal yang murah juga boleh memiliki spesifikasi yang tinggi dan berguna.

Kesimpulan: Mana Satu Pilihan Hati?

Memilih motosikal yang tepat bergantung kepada gaya hidup anda. Jika anda mahukan ketahanan, Modenas Kriss 110 adalah jawapannya, manakala Honda BeAT menawarkan kelincahan terbaik untuk warga kota.

Yamaha Ego Avantiz pula sesuai bagi peminat gaya sporty. Bagi yang berjiwa adventure pula, Aveta Ranger Max Explorer adalah pelaburan yang berbaloi. Akhir sekali, SM Sport 110R adalah pilihan paling praktikal pada harga yang sangat rendah.

Apa pun pilihan anda, pastikan anda dah fikir masak-masak agar tak tersalah pilih motor yang anda nak. Tepuk dada, tanya selera. Kalau korang nak mencari motor idaman korang, nak jual, atau nak trade in motor korang, boleh layari website imotorbike.com atau datang ke showroom yang berdekatan anda pada hari ini.

Related Items2026avetabaruberitaHondamalaysiamodenasUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
January 8, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026avetabaruberitaHondamalaysiamodenasUtamayamaha

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Honda ADV160 vs Honda Vario 160: Mana Skuter 160cc Terbaik Untuk Anda?
Motor Keluaran China: Berbaloi Beli Atau Baik Beli?