• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

RXZ 30 Tahun Masih ‘Laku Keras’, Lelong JPJ RM12,100! 

RXZ 30 Tahun Masih ‘Laku Keras’, Lelong JPJ RM12,100! 
Hazique Zairill
December 1, 2025

Yamaha RXZ, Model dua lejang paling legend di Malaysia terus buktikan nilainya apabila pembida berebut dalam sesi lelongan JPJ di Kelantan. 

RXZ 30 Tahun

Subscribe to our Instagram Channel for instant news & updates!

Sebuah motosikal Yamaha RXZ yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tiada cukai jalan dan insurans menjadi tumpuan pembida dan terjual pada harga tinggi RM12,100 dalam Lelongan Awam JPJ Kelantan Siri 2/2025 pada Ahad, 30 November, menurut laporan Sinar Harian.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata motosikal berusia lebih tiga dekad itu menarik perhatian ramai apabila lima pembida bersaing sengit, menjadikannya antara kenderaan paling bernilai dalam lelongan kali ini.

“RXZ keluaran 1992 ini disita kerana tiada cukai jalan dan insurans. Selepas tidak dituntut dalam tempoh ditetapkan dan melalui proses perundangan, motosikal ini dilelong dengan harga dibuka RM4,000 sebelum seorang pembida bersetuju pada RM12,100,” jelasnya pada sidang akhbar di JPJ Panji, Kelantan. 

RXZ 30 Tahun

Menurutnya, motosikal itu termasuk dalam dua unit RXZ yang digelar “kenderaan paling bernilai”, selain sebuah RXZ keluaran 1998 yang dibida pada harga RM7,000. Kedua-duanya masih dalam keadaan baik dan berpotensi dibaiki serta dilesenkan semula.  

Lelongan tersebut melibatkan 113 kenderaan, termasuk 80 unit yang boleh dilesenkan iaitu 17 kereta, 62 motosikal, dan sebuah lori, manakala 33 kenderaan kategori scrap tidak boleh dilesenkan. Hasil keseluruhan lelongan ialah RM167,560, dengan bidaan tertinggi RM15,500 untuk sebuah Volkswagen Mini Cooper dan bidaan paling rendah RM100 bagi sebuah motosikal.

RXZ 30 Tahun
Gambar sekadar hiasan.

JPJ menegaskan bahawa lelongan dijalankan secara terbuka dengan kehadiran wakil SPRM, Jabatan Audit Negara, dan JPJ Putrajaya sebagai pemerhati.

“Lelongan ini membantu mengurangkan jumlah kenderaan tidak dituntut di depoh, menjana hasil untuk kerajaan, dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mematuhi undang-undang,” tambahnya.

Proses lelongan dijalankan mengikut prosedur selepas kenderaan tidak dituntut oleh pemilik, melalui proses perundangan, dan akhirnya dilucuthakkan kepada Pengarah JPJ oleh pihak mahkamah.

Related Items19922025baruberitajpjKelantanlelongmalaysiaRXZUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
December 1, 2025
Hazique Zairill

Related Items19922025baruberitajpjKelantanlelongmalaysiaRXZUtamayamaha

More in Berita

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

LEXIN Malaysia Lancar Tiga Interkom Bluetooth Baharu, Harga Bermula RM98

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 
    BeritaOctober 21, 2026
  • VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888
    BeritaNovember 18, 2026
  • Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya
    BeritaNovember 18, 2026
  • 5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia
    BeritaNovember 18, 2026
  • ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888
    BeritaNovember 17, 2026
  • iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke
    BeritaNovember 16, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Tayar Motor Mana Yang Sesuai Dengan Cuaca Malaysia? Ini Panduan Lengkapnya
Motor Asyik Semput? Ini Punca & Cara Atasinya Dengan Cepat