• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Motor Ducati Terbaik Yang Terdapat di iMotorbike

6 Motor Ducati Terbaik Yang Terdapat di iMotorbike
Amzar Hazeeq
December 15, 2025

Senarai motosikal Ducati paling popular di iMotorbike untuk prestasi, gaya dan tunggangan harian

Motor Ducati Terbaik di iMotorbike

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Ducati merupakan jenama motosikal Itali yang terkenal dengan prestasi tinggi dan reka bentuk yang premium. Setiap model Ducati dibina untuk beri pengalaman tunggangan yang berbeza, sama ada untuk kegunaan harian, perjalanan jauh atau tunggangan berprestasi tinggi. Di iMotorbike, terdapat beberapa model Ducati yang sememangnya berbaloi untuk dimiliki. Berikut ialah enam motor Ducati terbaik yang boleh anda temui di iMotorbike.

Motor Ducati Terbaik di iMotorbike

2023 Ducati Panigale V2

Ducati Panigale V2 ialah superbike yang menawarkan prestasi tinggi dalam pakej yang lebih mudah dikawal. Model ini menggunakan enjin 955cc Superquadro V-Twin yang menghasilkan sekitar 155hp. Kuasa ini mampu memberikan pecutan yang pantas tetapi masih sesuai untuk tunggangan di atas jalan raya. Reka bentuknya tajam dan aerodinamik, manakala sistem elektronik seperti traction control dan quick shifter membantu untuk meningkatkan keselamatan serta keseronokan menunggang.

Motor Ducati Terbaik di iMotorbike

2010 Ducati 848

Walaupun motor ni sudah berusia, Ducati 848 masih menjadi pilihan bagi peminat superbike Ducati. Motor ini dikuasakan oleh enjin 849cc L-Twin dengan kira-kira 134hp. Karakter enjin yang responsif memberikan rasa tunggangan yang agresif dan menyeronokkan. Dengan rangka trellis ikonik dan riidng position yang sporty, Ducati 848 sesuai untuk penunggang yang mahu rasa superbike Itali pada harga yang lebih mampu milik di iMotorbike.

Motor Ducati Terbaik di iMotorbike

2013 Ducati Multistrada 1200 S

Ducati Multistrada 1200 S direka untuk penunggang yang mahukan keselesaan dan fleksibiliti. Motor ini menggunakan enjin 1,198cc Testastretta 11° Dual Spark yang menghasilkan sekitar 150hp, cukup kuat untuk perjalanan jauh dan lebuh raya. Versi S dilengkapi suspensi elektronik yang boleh dilaraskan mengikut mod tunggangan. Ini menjadikan motosikal ini selesa untuk kegunaan harian dan juga untuk ride jarak jauh.

Motor Ducati Terbaik di iMotorbike

2013 Ducati Diavel

Ducati Diavel terkenal dengan gaya yang garang dan prestasi luar biasa. Enjin 1,198cc Testastretta yang digunakan mampu menghasilkan sekitar 162hp, memberikan pecutan yang sangat kuat. Walaupun kelihatan seperti cruiser, Diavel menawarkan pengendalian yang stabil dan yakin. Riding position yang santai digabungkan dengan teknologi keselamatan moden menjadikannya sesuai untuk ride dalam bandar dan juga di lebuh raya.

Motor Ducati Terbaik di iMotorbike

2024 Ducati Monster

Ducati Monster ialah antara model paling ikonik dalam barisan Ducati. Versi 2024 hadir dengan rekaan yang lebih ringkas dan ringan. Enjin 937cc Testastretta 11° yang digunakan mampu menghasilkan sekitar 111hp, cukup kuasa untuk ride harian dan hujung minggu. Ergonomik yang mesra penunggang serta berat yang lebih ringan menjadikan Monster mudah untuk dikendalikan, terutama untuk penunggang bandar.

Motor Ducati Terbaik di iMotorbike

2021 Ducati Scrambler 800 Night Shift

Ducati Scrambler 800 Night Shift menawarkan gaya retro yang digabungkan dengan teknologi moden. Motosikal ini menggunakan enjin 803cc air-cooled L-Twin yang menghasilkan sekitar 73hp, sesuai untuk tunggangan santai dan penggunaan harian. Reka bentuknya yang minimalis, handlebar rata dan posisi menunggang yang selesa memberi pengalaman tunggangan yang santai. Model ini sesuai untuk penunggang yang mahukan motosikal bergaya tanpa perlu mengorbankan keseronokan.

Kesimpulan

Di iMotorbike, anda boleh menemui pelbagai model Ducati yang sesuai dengan keperluan dan gaya tunggangan anda. Daripada superbike seperti Panigale V2 kepada model santai seperti Scrambler Night Shift, setiap Ducati menawarkan karakter tersendiri.

Dengan pilihan yang luas, lebih mudah untuk anda mencari motosikal Ducati idaman melalui iMotorbike. Jika anda berminat dengan model-model ini, boleh layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau boleh datang terus ke showroom kami.

@imotorbike.my

🚨 12 Days of Ducati🚨 🗓 13–25 Dec 2025 🔥 Unwrap the thrill this holiday season 🏍Get your Ducati now and ride into 2026 in style! imotorbike Ducati 12DaysOfDucati RideWithPassion MotorcycleLife DucatiLovers

♬ original sound – imotorbike.my – imotorbike.my

Related Items2025baruberitaducatiimotorbikeKedai MotormalaysiapanigaleUtamaV2
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
December 15, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025baruberitaducatiimotorbikeKedai MotormalaysiapanigaleUtamaV2

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Beli Motor Guna Loan vs Beli Guna Cash: Mana Lebih Menguntungkan?
5 Motor Terbaik Untuk Kerja Grab, Foodpanda & Lalamove