• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

ZXMOTO Gegar EICMA 2025

ZXMOTO Gegar EICMA 2025
Hazique Zairill
November 11, 2025

Jenama motosikal baharu dari China tampil di EICMA dengan pelbagai mode, serta umum penyertaan dalam Kejuaraan Dunia Supersport (WorldSSP) 2026 bersama pasukan Evan Bros Racing.

ZXMOTO

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Jenama motosikal baharu dari China tampil di EICMA dengan pelbagai model sport, adventure dan off-road, serta umum penyertaan dalam Kejuaraan Dunia Supersport (WorldSSP) 2026 bersama pasukan Evan Bros Racing.

Sebuah nama baharu yang berani kini mencuri perhatian dunia motosikal ZXMOTO, jenama dari China yang diasaskan pada tahun 2024 oleh Zhang Xue, secara rasmi membuat penampilan sulung di EICMA 2025 di Milan, memperkenalkan barisan penuh motosikal merangkumi model sport, naked, adventure, cruiser dan off-road.

Didorong oleh semangat terhadap dunia motosikal dan perlumbaan, ZXMOTO menarik perhatian ramai dengan 820RR, jentera sport tulen yang dikuasakan enjin 819 cc tiga silinder menghasilkan 135 hp, bersama varian lebih agresif 820RR-R dengan 145 hp. Turut diumumkan ialah versi 820RR-RS berfokuskan litar yang mampu mencapai 150 hp.

ZXMOTO

Model berkapasiti kecil turut mencuri tumpuan, antaranya 500RR yang menggunakan enjin 470 cc empat sebaris dengan 84 hp, serta 820R, jentera streetfighter berotot dengan 130 hp daripada enjin tiga silinder sama. Bagi peminat naked klasik, 500F menawarkan 73.4 hp dengan enjin empat silinder berprestasi tinggi.

Bagi penggemar pengembaraan, 820ADV tampil dengan 117 hp dan enjin 819 cc tiga silinder, sesuai untuk tunggangan jarak jauh. Peminat off-road pula boleh memilih 450 Rally, diinspirasikan daripada jentera Dakar Rally dan dikuasakan enjin satu silinder 59 hp, selain barisan motocross seperti MX250 dan MX450, serta model enduro ZX300 dan ZX350. Melengkapkan senarai ialah 600V, sebuah cruiser dengan enjin 578 cc V-twin, menonjolkan kepelbagaian ZXMOTO dalam segmen motosikal global.

ZXMOTO

ZXMOTO Melangkah ke Pentas Dunia: Sertai WorldSSP 2026

ZXMOTO bukan sekadar pengeluar motosikal, tetapi jenama ini cuba untuk melangkah lebih jauh dengan penyertaan sulung dalam Kejuaraan Dunia Supersport (WorldSSP) 2026, melalui kerjasama dengan pasukan legenda Evan Bros Racing.

Pasukan Itali itu, yang pernah menjuarai dua gelaran dunia Supersport bersama Yamaha pada 2019 dan 2020, kini bakal membawa ZXMOTO ke pentas dunia buat pertama kali. Mereka telah menandatangani pelumba Valentin Debise dan Federico Caricasulo untuk mengetuai musim debut jenama tersebut.

“Saya sangat teruja menyertai projek baharu ini,” kata Caricasulo dipetik dari WorldSBK.com. “ZXMOTO ialah pengeluar baharu dengan semangat perlumbaan yang tinggi dan cita-cita besar untuk bersaing sejak awal lagi. Saya juga gembira dapat bekerjasama semula dengan Evan Bros, pasukan yang banyak membantu karier saya dalam Supersport. Saya yakin kami mampu capai sesuatu yang hebat bersama.”

Walaupun Caricasulo baru menguji versi standard jalanan, beliau memuji tork yang lancar dan prestasi asas jentera yang mantap, dan menjangkakan peningkatan lebih baik selepas versi penuh spesifikasi perlumbaan siap diuji.

Penyertaan ZXMOTO ini menandakan detik bersejarah sebagai pengeluar motosikal China keempat yang bersaing di peringkat Kejuaraan Dunia FIM, mengikuti jejak CFMoto (Moto3), Kove (juara WorldSSP300 bersama Benat Fernandez) dan QJMotor (WorldSSP).

Dengan barisan motosikal lengkap dan langkah berani ke arena perlumbaan dunia, ZXMOTO kini bersedia menjadi kuasa besar baharu industri motosikal global, bukan sahaja di jalan raya, tetapi juga di litar perlumbaan antarabangsa.

Related Items2025baruberitaeicmaitalymilanUtamawsbkWSSP
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 11, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitaeicmaitalymilanUtamawsbkWSSP

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

UPSI Serah Dua Unit Yamaha MT-15 kepada Polis Bantuan
Team Malaysia Sedia Hadapi Cabaran Akhir Kejuaraan Dunia FIM MiniGP 2025 di Valencia