• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Yamaha MT-15 vs Yamaha FZ150i: Dua Naked Bike yang Serupa Tapi Tidak Sama

Yamaha MT-15 vs Yamaha FZ150i: Dua Naked Bike yang Serupa Tapi Tidak Sama
Amzar Hazeeq
October 23, 2025

Bandingkan Yamaha MT-15 dan Yamaha FZ150i, dua naked bike 150cc dengan gaya, prestasi dan teknologi berbeza. Mana satu pilihan terbaik anda?

Yamaha MT-15 vs Yamaha FZ150i

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kedua-dua model ini berada dalam kategori naked bike segmen 150 – 155 cc yang popular di Malaysia. Walaupun nama “150” dan “155” mungkin hampir sama, realitinya kedua-dua motosikal ini menawarkan pengalaman tunggangan yang cukup berbeza dari segi gaya, prestasi dan kos pemilikan. Mari kita selami setiap aspek dan lihat mana satu paling sesuai dengan keperluan anda.

Spesifikasi Utama

SpesifikasiYamaha MT-15Yamaha FZ150i
Enjin155 cc (silinder tunggal, VVA, penyejukan cecair)149.8 cc (silinder tunggal, penyejukan cecair)
Kuasa Maksimum (hp)19 hp @10,000rpm16.3 hp @8,500rpm
Tork Maksimum (Nm)14.7 Nm @8,500rpm14.5 Nm @7,500rpm
Transmisi6-kelajuan 5-kelajuan
Berat (KG)133 KG117 KG
Seat height (mm)810mm790mm
Kapasiti Tangki Minyak10 Liter12 Liter
Kelajuan Maksimum130 km/h130 km/h
Ciri keistimewaanSuspensi hadapan USD, rim 17″, gaya naked sportRingan, mudah dikawal, praktikal untuk harian

Prestasi & Enjin

Yamaha MT-15

Dari segi prestasi, MT-15 dilengkapi enjin 155cc satu silinder dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang turut digunakan pada YZF-R15. Kuasa sekitar 19hp pada 10,000rpm dan tork maksimum 14.7Nm pada 8,500rpm menjadikan motosikal ini antara yang paling bertenaga dalam kelasnya. Transmisi enam kelajuan bersama sistem assist & slipper clutch memastikan penukaran gear lebih lancar, terutama ketika menurunkan gear pada kelajuan tinggi.

Yamaha FZ150i

FZ150i pula menggunakan enjin 149.8cc SOHC dengan penyejukan cecair yang menghasilkan sekitar 16.3hp dan 14.5Nm tork. Kuasanya sedikit lebih rendah, namun cukup untuk keperluan harian. Transmisi lima kelajuan menjadikannya lebih mudah dikendalikan, terutamanya bagi penunggang baharu. Enjin ini juga terkenal dengan ketahanannya serta penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan berbanding MT-15.

Yamaha MT-15 vs Yamaha FZ150i

Reka Bentuk & Keselesaan

Yamaha MT-15

Motosikal ini tampil dengan gaya “naked sport” yang agresif, menonjolkan elemen rekaan dari siri MT yang lebih besar seperti MT-07 dan MT-09. Bahagian hadapan dengan lampu LED berbentuk mata robot memberi rupa yang tajam dan moden. Tangki bahan api berbentuk otot serta posisi tunggangan sedikit ke hadapan memberikan aura sporty dan bertenaga. Ia jelas direka untuk penunggang yang mahu tampil menonjol di jalan raya dengan imej “streetfighter”.

Yamaha FZ150i

Sebaliknya, Yamaha FZ150i mengekalkan gaya klasik naked bike yang lebih santai. Reka bentuknya lebih ringkas dengan garis badan yang halus dan ergonomik lebih tegak, menjadikannya selesa untuk tunggangan harian. Walaupun tidak seagresif MT-15, FZ150i masih menonjol dengan rekaan serba praktikal dan saiz yang lebih ringan dan membuatkan motosikal ini sesuai untuk mereka yang mahukan motosikal mudah dikawal dalam kesesakan bandar.

Yamaha MT-15 vs Yamaha FZ150i

Pengendalian & Teknologi

Yamaha MT-15

MT-15 menawarkan sistem suspensi yang lebih canggih dalam kelasnya. Upside-down Fork di bahagian hadapan memberikan kestabilan yang sangat baik ketika melalui selekoh, manakala monoshock di belakang membantu mengekalkan keselesaan ketika ride harian. Dengan berat sekitar 133kg dan tayar lebar bersaiz 140 di belakang, MT-15 terasa lebih kukuh dan yakin ketika menunggang laju atau di selekoh tajam.

Yamaha FZ150i

Sementara itu, FZ150i menggunakan sistem suspensi teleskopik konvensional di hadapan dan monoshock di belakang. Walaupun lebih asas, kombinasi ini mampu memberikan feel menunggang yang lembut dan selesa, sesuai untuk kegunaan bandar. Dengan berat hanya sekitar 117kg, FZ150i mudah dikendalikan, terutama ketika menukar arah atau menunggang di ruang sempit. Ia lebih santai berbanding MT-15, menjadikannya sesuai untuk penunggang harian atau yang mahukan motosikal ringan dan stabil.

Harga & Nilai Pemilikan

Yamaha MT-15

Di Malaysia, harga pasaran bagi Yamaha MT-15 sekitar RM12,500, manakala harga bagi pasaran terpakai adalah sekitar RM9,000 menjadikannya lebih premium dalam segmennya. Dengan spesifikasi lebih tinggi dan teknologi moden, harga ini dianggap setimpal bagi mereka yang mahukan gaya dan prestasi.

Yamaha FZ150i

Yamaha FZ150i, sebaliknya, jauh lebih mampu milik dengan harga sekitar RM8,600 ketika baru dikeluarkan, manakala unit terpakai boleh didapati sekitar RM3,000 ke bawah. Ia sesuai untuk rider baharu atau mereka yang mencari motosikal harian dengan kos penyelenggaraan rendah dan penggunaan bahan api menjimatkan.

Yamaha MT-15 vs Yamaha FZ150i

Kesimpulan: Dua Jiwa, Satu Segmen

Kedua-dua Yamaha MT-15 dan Yamaha FZ150i menawarkan kelebihan tersendiri. MT-15 menyerlah dengan gaya agresif, prestasi tinggi, dan teknologi moden, sesuai untuk mereka yang mahukan motosikal yang berkarakter dan menyeronokkan untuk ditunggang. Sebaliknya, FZ150i lebih praktikal, ringan, serta mudah dijaga, pilihan ideal untuk mereka yang mahukan motosikal harian yang selesa dan menjimatkan. Akhirnya, keputusan terletak pada keperluan anda.

Jika anda ingin mencari MT-15 atau FZ150i, kami mempunyai beberapa unit ready stock yang boleh dipilih. Jika anda ingin membeli Mt-15 atau FZ150i, membeli motor model lain, jual motor, atau trade in motor, sila datang ke cawangan iMotorbike berdekatan anda.

Related Items150cc2025baruberitamalaysiamt-15Utamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 23, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items150cc2025baruberitamalaysiamt-15Utamayamaha

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Gaya Klasik, Jiwa Moden: 5 Motor Cafe Racer Paling ‘Cool’ di iMotorbike
6 Motor Sesuai untuk Orang Berbadan Besar di Malaysia 2025