• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Motor Touring Murah Terbaik di Malaysia 2025

6 Motor Touring Murah Terbaik di Malaysia 2025
Amzar Hazeeq
October 16, 2025

Pilihan Bajet Rendah untuk Pengembaraan Jarak Jauh. Inilah dia 6 Motor Touring Murah yang juga terbaik untuk dibeli pada tahun 2025 ini.

Motor Touring Murah

Subscribe to our Instagram Channel for instant news & updates!

Ingin menjelajah jauh tanpa perlu berbelanja besar? Di Malaysia, terdapat banyak motosikal touring yang berbaloi dan sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Dengan bajet sederhana, anda masih boleh mendapatkan motor yang selesa, tahan lasak dan bergaya. Artikel ini membentangkan enam motor touring murah terbaik di Malaysia untuk tahun 2025 yang merupakan pilihan ideal bagi penunggang yang suka mengembara tetapi mahu kekal berjimat.

Motor Touring Murah

1. Suzuki V-Strom 250 SX

Suzuki V-Strom 250 SX ialah model yang popular dalam segmen touring bajet. Ia menggunakan enjin satu silinder 249 cc SOHC yang menghasilkan 26 hp dan tork 22.2 Nm. Kuasa yang sederhana ni cukup kalau nak menempuh lebuh raya dan jalan berbukit dengan lancar.

Selain itu, berat hanya 167 kg menjadikan motor ni mudah dikawal, manakala pelana setinggi 835 mm memberi posisi tunggangan yang selesa untuk jarak jauh. Dengan harga pasaran sekitar RM17,000 hingga RM19,000, V-Strom 250 SX menawarkan gabungan sempurna antara prestasi dan nilai.

Motor Touring Murah

2. Kawasaki Versys-X 250

Kawasaki Versys-X 250 juga menjadi pilihan utama untuk penunggang touring bajet. Dikuasakan enjin dua silinder 249 cc, motor ini memberikan prestasi lancar serta respon pantas di setiap gear. Reka bentuknya tegap dan stabil, sesuai untuk perjalanan jauh di lebuh raya mahupun jalan luar bandar.

Suspensi panjang memberi keselesaan tambahan, manakala pelindung angin hadapan membantu untuk kurangkan tekanan ketika menunggang lama. Harga market untuk motor baru sekitar RM22,000 hingga RM25,000, manakala harga market motor terpakai sekitar RM12,000 hingga RM 16,000 menjadikan Versys-X 250 antara pilihan paling seimbang untuk mereka yang mahu motor touring serba boleh.

Motor Touring Murah

3. Yamaha MT-25

Yamaha MT-25 walaupun dikategorikan sebagai naked bike, ia sangat sesuai untuk touring ringan. Enjin dua silinder 249 cc DOHC yang menjana 35.5 hp memberikan prestasi bertenaga tanpa mengorbankan keselesaan.

Dengan berat hanya 169 kg dan pelana setinggi 780 mm, MT-25 mudah dikawal dan sesuai untuk penunggang pelbagai ketinggian. Tambah sahaja aksesori seperti windscreen atau box belakang, ia sudah cukup lengkap untuk perjalanan jauh. Harga market untuk motr baru sekitar RM20,000 hingga RM22,000, bergantung pada lokasi dan promosi semasa. Manakala harga market untuk motor terpakai dalam RM12,000 hingga RM18,000.

Motor Touring Murah

4. Honda CB500X

Honda CB500X terkenal dengan keselesaan dan ketahanannya. Ia menggunakan enjin dua silinder 471 cc yang mampu memberikan kuasa lancar serta penggunaan bahan api yang efisien.

Riding position tegak serta suspensi panjang memberikan motor ini kelebihan ketika menempuh jalan jauh. Bagi model terpakai, harga market sekitar RM20,000 hingga RM25,000 bergantung kepada tahun dan kondisi motosikal. Honda CB500X kekal sebagai motosikal pilihan bijak bagi mereka yang mahukan motor touring tahan lama tanpa kos tinggi.

Motor Touring Murah

5. KTM 250 Adventure

KTM 250 Adventure direka untuk penunggang yang mahu menjelajah pelbagai jenis jalan. Enjin satu silinder 248.8 cc dengan 29.5 hp menawarkan gabungan kuasa dan kawalan yang seimbang.

Sistem suspensi WP yang berkualiti tinggi memastikan keselesaan maksimum, manakala tangki 14.5 liter memberikan jarak tunggangan yang panjang. Berat sekitar 177 kg menjadikannya mudah dikawal, terutama bagi penunggang baharu. Harga market untuk motor baru sekitar RM22,000 hingga RM24,000 manakala market untuk motor terpakai dalam RM10,000 hingga RM 12,000 membuatkan motosikal ini sesuai untuk mereka yang nak mula berjinak dengan dunia adventure-touring.

Motor Touring Murah

6. Modenas Dominar 250

Modenas Dominar 250 ialah antara motor touring paling berbaloi di Malaysia. Ia menggunakan enjin 248 cc DOHC dengan kuasa 27 hp yang cukup untuk menempuh perjalanan jauh dengan yakin.

Posisi tunggangan tegak memberi keselesaan tambahan untuk perjalanan jauh. Dengan reka bentuk bergaya dan lampu LED penuh, Dominar 250 nampak premium seperti motor harga lebih mahal. Harga market untuk motor baru sekitar RM 12,000 hingga RM 15,000 manakala harga market untuk motor terpakai sekitar RM 7,000 hingga RM 10,000. Walaupun murah, ia masih mampu memberikan pengalaman touring yang menyeronokkan dan stabil.

Kesimpulan

Untuk menikmati pengalaman touring sebenar, anda tak perlukan motor mahal. Keenam-enam model ini membuktikan bahawa pengembaraan jauh boleh dilakukan dengan bajet sederhana.

Dari Suzuki V-Strom 250 SX yang praktikal hingga Modenas Dominar 250 yang paling mampu milik, semuanya menawarkan keseimbangan antara prestasi, gaya dan keselesaan. Apa yang penting, semangat untuk menjelajah tetap menjadi kuasa sebenar di atas dua roda.

Related ItemsbaruberitaHondakawasakiktmmalaysiasuzukitouringUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 16, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related ItemsbaruberitaHondakawasakiktmmalaysiasuzukitouringUtamayamaha

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 But Motosikal Terbaik di Malaysia 2025: Gaya, Keselesaan & Perlindungan Dalam Satu Pakej
5 Baju Hujan Motosikal Terbaik di Malaysia 2025: Tahan Lasak, Selesa & Bergaya di Jalan Raya