• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Motosikal Pertama di Malaysia: Modenas Kriss 110, Legenda Sejak 1996

Motosikal Pertama di Malaysia: Modenas Kriss 110, Legenda Sejak 1996
Hazique Zairill
July 3, 2025

Modenas Kriss 110, motosikal pertama buatan Malaysia (1996), kekal legenda jalanan dan diminati orang ramai.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Kalau kita imbas kembali zaman pertengahan 90-an, tahun 1996 menyaksikan satu detik bersejarah dalam dunia permotoran Malaysia, pelancaran Modenas Kriss 110, motosikal nasional pertama yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat. 

Motosikal ini secara rasminya dilancarkan pada bulan Mei 1996 dan seterusnya dipertontonkan kepada umum sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun itu.

Apa yang menjadikan Kriss 110 begitu istimewa? Modenas, singkatan kepada Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd, ditubuhkan pada tahun 1995 di Gurun, Kedah. Projek pembangunan motosikal nasional ini adalah hasil kerjasama empat pihak besar iaitu DRB-Hicom, Kawasaki Heavy Industries (KHI) dari Jepun, Khazanah Nasional, dan Nissho Iwai.

Unit pertama Kriss 110 berjaya dikeluarkan pada Jun 1996, dan sejak itu, ia menjadi antara motosikal paling banyak digunakan di seluruh negara. Bahkan, laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia turut menyenaraikan model ini sebagai motosikal pertama buatan Malaysia.

Kriss 110 ialah motosikal kapcai empat lejang dengan enjin 110cc. Ramai rakyat Malaysia memuji ketahanan dan kecekapan motosikal ini, bukan sahaja mudah dijaga, malah mampu bertahan hingga bertahun-tahun lamanya.

Pada era itu, memiliki Kriss 110 bukan sekadar memiliki sebuah motosikal, ia adalah lambang menyokong produk tempatan, dan memberi rasa bangga kerana kita berjaya mengeluarkan motosikal jenama sendiri yang setanding dengan jenama luar.

Sources: Perpustakaan Negara Malaysia

Sehingga ke hari ini, Kawasaki Heavy Industries masih menjadi rakan teknologi utama kepada Modenas. Kerjasama ini bukan sahaja membantu dalam aspek kejuruteraan dan pembangunan produk, malah menjadikan Modenas sebagai antara syarikat yang mampu memasang motosikal CKD (Completely Knocked Down) untuk pasaran tempatan.

Kini, kilang Modenas di Gurun turut memasang model-model Kawasaki bawah 650cc secara tempatan. Ini termasuk model popular seperti Kawasaki Ninja 250, Z250, dan banyak lagi yang kini dijenamakan semula dengan emblem Modenas pada tangki dan beberapa komponen lain.

Menariknya, Modenas bukan hanya fokus pada pasaran tempatan. Motosikal keluarannya kini dieksport ke lebih 17 negara di seluruh dunia termasuk Greece, Rusia, dan beberapa negara di Amerika Selatan.

Modenas juga menjadi pengedar rasmi kepada jenama Bajaj dari India, dan memasarkan model seperti Pulsar dan Dominar di Malaysia.

Kesimpulannya, Modenas Kriss 110 bukan sekadar motosikal, ia adalah permulaan era baru dalam industri permotoran Malaysia. Sejak dilahirkan pada tahun 1996, model ini terus dikenang sebagai simbol kejayaan produk tempatan dan titik tolak kemajuan industri motosikal nasional.

Dan hari ini, jenama Modenas terus berkembang dengan kerjasama global dan sokongan padu rakyat Malaysia. Kalau anda pernah memiliki atau menunggang Kriss 110, anda sememangnya sebahagian daripada sejarah itu.

Mencari Modenas Kriss 110 atau Modenas Kawasaki? Boleh ke laman web imotorbike.com untuk bermacam jenis motosikal terpakai yang masih lagi dalam condition tip-top! 

Related Items19962025baruberitaKriss 110malaysiamodenasUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 3, 2025
Hazique Zairill

Related Items19962025baruberitaKriss 110malaysiamodenasUtama

More in Berita

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

LEXIN Malaysia Lancar Tiga Interkom Bluetooth Baharu, Harga Bermula RM98

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 
    BeritaOctober 21, 2026
  • Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli
    BeritaNovember 19, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888
    BeritaNovember 18, 2026
  • Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya
    BeritaNovember 18, 2026
  • 5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia
    BeritaNovember 18, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Baju Hujan Motor Terbaik Di Malaysia : Berkualiti & Tahan lasak
Harga Roadtax Motosikal Mengikut CC 2025