• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Harga Petrol RON95 RM1.99 Seliter Mulai September – PM Anwar

Harga Petrol RON95 RM1.99 Seliter Mulai September – PM Anwar
Hazique Zairill
July 24, 2025

Penurunan harga ini diumumkan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol akhir September, memberi manfaat kepada lebih 18 juta rakyat termasuk belia dan pekerja gig.

Petrol RON95 RM1.99

Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa harga petrol RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter sebelum akhir September ini, memberi kelegaan besar kepada rakyat Malaysia.

Pengumuman ini dibuat menerusi Penghargaan Perdana Menteri pada 23 Julai 2025, yang menekankan pendekatan baharu kerajaan dalam melaksanakan penyasaran subsidi bahan api.

“Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.” katanya.

Menurut Perdana Menteri, langkah menurunkan harga RON95 ini hanya akan dinikmati oleh warganegara Malaysia. Golongan bukan warganegara termasuk pekerja asing akan membayar harga pasaran sebenar tanpa subsidi.

“Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi. Ia tidak melibatkan orang asing hanya untuk warganegara Malaysia,” tambahnya lagi.

Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa penyasaran subsidi RON95 ini merupakan langkah seterusnya selepas kejayaan pelaksanaan subsidi elektrik bersasar.

Beliau menegaskan, rakyat biasa tidak perlu risau kerana kerajaan menjamin mereka tidak akan terjejas dengan perubahan ini.

“Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.”

Beliau turut menjelaskan bahawa meskipun harga minyak dunia kini menyusut, harga sebenar RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter, jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi yang bakal dinikmati rakyat.

Dengan pelaksanaan penyasaran subsidi ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan pembaziran, memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar, dan menguruskan kewangan negara dengan lebih berkesan.

Related Items2025Anwar IbrahimbaruberitamalaysiaMinyakpetrolRON95Utama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 24, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025Anwar IbrahimbaruberitamalaysiaMinyakpetrolRON95Utama

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha LC135Fi Terima Coverset Edisi Terhad Berinspirasikan Jentera Perlumbaan
6 Jaket Motosikal Terbaik di Malaysia