• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

QJMotor SRK 250 RD Bakal Gegar Pasaran Malaysia?

QJMotor SRK 250 RD Bakal Gegar Pasaran Malaysia?
Hazique Zairill
June 5, 2025

Kemunculan QJMotor SRK 250 RD mungkingakan cabar Kawasaki ZX-25R dalam Segmen 250cc Empat Silinder di Malaysia.

QJMotor SRK 250 RD

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini!

Lima tahun selepas Kawasaki mengejutkan dunia permotoran dengan pelancaran mengejut Ninja ZX-25R di Indonesia, dan kemudiannya dibawa masuk ke Malaysia pada Ogos 2023, kini muncul pencabar baharu yang bersedia mencabar dominasi tersebut.

QJMotor, jenama motosikal terkemuka dari China, sedang dalam perancangan untuk melancarkan model SRK 250 RD, sebuah motosikal sport empat silinder 249cc yang dijangka mampu menggegarkan pasaran dengan spesifikasi menarik serta harga yang jauh lebih rendah. Menurut sumber industri, MForce Bike Holdings, pengedar rasmi QJMotor di Malaysia, kini sedang menilai kemungkinan membawa masuk model ini ke pasaran tempatan.

SRK 250 RD dikuasakan oleh enjin empat silinder DOHC 249cc penyejukan cecair, yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 40.2hp pada 15,500rpm dan tork 22Nm pada 12,500rpm. Angka ini hampir menyamai spesifikasi ZX-25R, menawarkan pengalaman tunggangan berkuasa tinggi kepada penunggang tempatan, tetapi pada harga yang jauh lebih menarik.

QJMotor SRK 250 RD

Motosikal sport 249cc empat silinder dari QJMotor dijangka memasuki pasaran Malaysia menjelang awal 2026 dengan harga bawah RM23,000

Menurut info di laman web utama QJMotor, Motosikal ini turut dilengkapi komponen premium seperti fork depan jenis USD, penyerap hentak belakang monoshock, serta kaliper brek jenis Brembo dengan cakera brek 320mm di depan dan 240mm di belakang. Ciri-ciri lain termasuk sistem ABS, tangki bahan api 16 liter, berat 176kg, dan ketinggian tempat duduk 808mm, sesuai untuk kegunaan harian dan tunggangan sporty.

SRK 250 RD merupakan model utama dalam barisan motosikal sport 250cc keluaran QJMotor, berada di atas model-model lain seperti SRK 250 RS dan SRK 25 R (enjin satu silinder), serta SRK 250 RC (enjin dua silinder). SRK 250 RD adalah model baharu sepenuhnya yang dibangunkan untuk pasaran global, termasuk Malaysia, di mana permintaan terhadap motosikal sport bersesaran kecil semakin meningkat terutama dalam kalangan penunggang muda dan berbelanja sederhana.

Jika dilancarkan di Malaysia, SRK 250 RD dijangka dijual pada harga bawah RM23,000, jauh lebih murah berbanding harga semasa Kawasaki (Modenas) Ninja ZX-25R yang mencecah RM33,900.

Masuk Malaysia? Kita Tunggu Jawapan. Walaupun tiada tarikh rasmi diumumkan, SRK 250 RD dijangka tiba sekitar akhir 2025 atau awal 2026, tertakluk kepada keputusan pihak MForce Malaysia. Meskipun begitu, minat terhadap model ini sudah mula timbul di media sosial, dan dengan harga yang kompetitif, ia berpotensi untuk mencetuskan persaingan sengit dalam segmen sportbike 250cc empat silinder.

Buat masa ini, kita perlu menunggu pengesahan rasmi daripada MForce Bike Holdings, tetapi sekiranya SRK 250 RD benar-benar dilancarkan di Malaysia, ia bakal menjadi permulaan kepada rivaliti baharu dalam kelas 250cc empat silinder.

Related ItemsbaruberitamalaysiaNinja ZX-25RqjmotorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 5, 2025
Hazique Zairill

Related ItemsbaruberitamalaysiaNinja ZX-25RqjmotorUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Motosikal Gaya Vintage Paling Menarik di Malaysia
Jom Kongsi Kisah “My Dad’s Motorcycle Legacy” Bersama iMotorbike!