• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25: Mana Lagi Best Untuk Korang?

Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25: Mana Lagi Best Untuk Korang?
Hazique Zairill
June 12, 2025

Dua jentera naked 250cc yang popular di Malaysia, mana satu lebih sesuai untuk gaya tunggangan korang? Jom tengok perbandingan dari segi kuasa, teknologi dan rekaan!

Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25

Langgan  saluran Telegram kami  untuk kemas kini segera!

Kalau korang tengah mencari motosikal naked 250cc dekat Malaysia, dua model Jepun yang paling popular sekarang mesti lah Modenas Kawasaki Z250 ABS dan Yamaha MT-25. Dua-dua motor ni memang power dengan enjin 249cc dan penuh dengan teknologi moden serta gaya rekaan yang menarik. Tapi persoalannya, yang mana satu paling sesuai untuk korang?

Ramai rider lebih cenderung kepada Yamaha sebab jenama ni dah lama establish dalam pasaran tempatan. Dari dulu sampai sekarang, Yamaha memang kukuh dengan reputasi yang baik.

Tapi Kawasaki pun bukan calang-calang. Sekarang di bawah Modenas, model Z250 ABS CKD (dipasang tempatan), masih mengekalkan DNA Kawasaki dengan enjin dan komponen asli dari Jepun. Walaupun ada yang skeptikal sebab ia dipasang oleh Modenas, kepercayaan terhadap model ni makin meningkat.

Jom kita tengok lebih dekat perbandingan dari segi prestasi, ciri-ciri menarik dan kelebihan dua-dua model ni.

Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25

Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25

SpecificationYamaha MT-25Modenas Kawasaki Z250
Engine
249cc, Liquid-cooled, 2-cylinder, DOHC, 8 Valves
249cc, Liquid-cooled, parallel-twin, DOHC, 8 Valves
Horsepower
35 hp @ 12,000 rpm

36.5 hp @ 12,500 rpm
Torque
22.6 Nm @ 10,000 rpm
23 Nm @ 10,000 rpm
Bore x Stroke
60 x 44.1 mm

62 x 41.2 mm
Weight166 KG165 KG
Fuel Capacity14 Litre14 Litre
Front ForkUSD ForkTelescopic
Top Speed
170km/h
178km/h

Prestasi Enjin 

Kedua-dua model bawa enjin yang hampir sama kapasiti tapi Z250 ada kuasa sikit lebih, 36.5 hp vs 35 hp untuk MT-25. Top speed pun Z250 menang sikit: 178 km/j berbanding MT-25 yang cecah 170 km/j.

Tapi kalau bab smooth power delivery, MT-25 lebih sedap tarik RPM tinggi. Z250 pula ada torque yang lebih “kick” bila masuk 8,000 RPM ke atas, memang rasa agresif sikit.

Suspensi & Pengendalian 

Di bahagian ni, Yamaha MT-25 menang besar sebab dia guna fork depan jenis USD (Upside-Down). Suspensi macam ni memang bagi handling yang lebih tajam dan stabil masa cornering. Kalau korang jenis suka ride lasak sikit atau main selekoh, memang MT-25 lebih sesuai.

Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25

Ciri-Ciri & Teknologi – Old School vs Futuristik

Kawasaki Z250 – Kelebihan:

  • Assist & Slipper Clutch, ABS & Eco Riding Indicator untuk penjimatan minyak.
  • Rekaan Sugomi – tajam, garang, macam abang besar dia Z650 dan Z800.
  • Tangki Besi – lebih tahan lasak berbanding plastik.
  • Meter analog + digital campur, masih mengekalkan gaya klasik Kawasaki.

Yamaha MT-25 – Kelebihan:

  • Ergonomik mesra rider – sesuai untuk rider sekitar 167cm, termasuk wanita.
  • Teknologi moden – full LCD digital meter, lampu depan LED ‘Predator’ style.
  • Tangki plastik – ringan & anti karat, lebih praktikal jangka panjang.

Jadi, Mana Satu Pilihan Korang?

Kalau korang nak motor yang nampak agresif, top speed tinggi sikit, dan ada sistem bantuan tunggangan yang baik, Modenas Kawasaki Z250 adalah pilihan terbaik.

Tapi kalau korang prefer teknologi moden, lampu LED, meter digital penuh, dan posisi duduk yang lebih mesra pengguna, Yamaha MT-25 patut korang pertimbangkan.

Apa pun pilihan korang, dua-dua motor ni memang best untuk korang yang nak masuk dunia naked bike 250cc. Nak tahu stok mana yang ready atau nak test ride terus? Check out iMotorbike.com, kami ada unit used dan ready stock sekarang!

Related Items2025barumalaysiaUtamayamahaz250
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 12, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025barumalaysiaUtamayamahaz250

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Laluan Wajib Untuk Riders di Malaysia
6 Helmet Fullface Paling Trend 2025 di Malaysia