• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

BMW F900R dan F900XR 2020 dilancar di Malaysia – mula dari RM 62,500

BMW F900R dan F900XR 2020 dilancar di Malaysia – mula dari RM 62,500
Brendan Jeremiah
March 4, 2020

BMW F900R DAN F900XR 2020 ARE KINI DI MALAYSIA. HARGA DARI RM62,500 AND RM69,500 MASING-MASING (HARGA OTR TIDAK TERMASUK INSURANS).

BMW F900R dan 900XR sama-sama dipamerkan pada EICMA tahun lepas. Hujung minggu ini, kedua-dua motosikal ini dilancar di Malaysia. BMW F900R 2020 mempunyai tanda harga RM62,500 manakala FX900R pula adalah RM69,500 (OTR kecuali insurans)

Dengan Dynamic Roadster F900R dan F900XR baru dalam segmen Adventure Sport, BMW Motorrad mengembang lagi kepelbagaian produknya untuk mid-range popular. Kedua-dua R dan XR menawar pengalaman menunggang sporty dan seronok, pengendalian terus terang dan pelbagai pilihan peralatan unik, dalam satu pakej menarik. Berdasarkan rangka berkuasa, model-model ini agak berlainan dari segi watak dan posisi.

BMW F900 R – DYNAMIC ROADSTER

F900R memapar ciri sporty dan agresif dan juga padan dengan prestasi dari segi output enjin, tork dan bunyi. Ergonomik F900R setanding dengan minat penunggang sporty berpengalaman serta penunggang baru

BMW F900 XR – ADVENTURE SPORT

“XR” berdiri untuk campuran keupayaan sporty dan jelajah. Dengan ini, BMW Motorrad kini mengembang barisan dengan tambahan model mid-range ini.

F900XR juga menunjukkan penguasaan mudah kualiti penting segmen Adventure Sport. Tunggangan dinamik sporty bersama dengan ergonomik GS, sesuai untuk perjalanan panjang dan penumpang, serta reka bentuk yang menyampaikan watak yang berkuasa.

F900 XR baru juga mendapat faedah dari pemindahan teknologi dari kelas teratas: Adaptive cornering light, keyless ride, dan panggilan kecemasan pintar (Intelligent Emergency Call) semua ciri-ciri unik dalam segmen mid-range.

ENJIN

Dalam F900R dan F900 XR baru terdapat enjin dua silinder sebaris yang diperkenalkan pada 2018 dengan F850GS. Namun, dengan pembangunan selanjutnya, enjin ini kini menjana 77 kW (105hp) dan dan lengkung tork (torque curve) yang lebih lengkap. Ini meningkatkan gaya menunggang dan dinamik motosikal-motosikal ini. Faktor utama adalah peningkatan dari segi kapasiti ke 895cc (dari 853cc). Dengan ignition distance 270/450 darjah dan sistem penyenyap underfloor baru, enjin ini menawar bunyi yang tidak akan dilupakan.

Buat kali pertama dengan klac jenis anti-hopping, F900R dan F900XR baru akan dimuatkan dengan kawalan engine drag torque (MSR). MSR menghalang tayar belakang dari tergelincir melalui pendakian mendadak atau downshifting, yang meningkatkan lagi keselamatan penunggang.

MOD TUNGGANG

F900R dan F900XR datang dengan mod tunggang “Rain” dan “Road” sebagai asas. Versi asas juga mempunyai ABS dan ASC Automatic Stability Control.

Bersama dengan ini adalah, “Riding Modes Pro” sebagai satu pilihan yang meningkatkan watak-watak sporty F900 dan F900XR dengan lebih intensif.

Mod tunggang tambahan “Dynamic” dan “Dynamic Pro”, Dynamic Traction Control DTC dan ABS Pro juga disediakan bersama dengan Dynamic Brake Control (DBC) dan kawalan enjin drag control (MSR) baru.

CASIS DAN SUSPENSI

Sama seperti model GS, X dan XR juga mengguna rangka steel bridge. Ini mengintegrasikan enjin sebagai elemen load-bearing. Rangka belakang yang baru dibangunkan juga memberikan gaya belakang yang pendek dan langsing.

Untuk suspensi, kawalan roda depan diurus oleh fork teleskopik terbalik. Manakala road belakang dikawal oleh swingarm dua belah dengan suspensi pusat. F900R roadster mempunyai spring travel lebih pendek berbanding dengan F900XR.

Terdapat BMW Motorrad Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) sedia sebagai pilihan. Ini seterusnya meningkatkan pengalaman menunggang dan keselesaan dengan secara automatik menyesuaikan redaman strut spring belakang berdasar keadaan menunggang.

Tambahan pula, tangki minyak kini berada dalam posisi klasiknya iaitu di depan penunggang. Tangki minyak dikimpal plastik mempunyai kapasiti 15.5 liter pada F900XR dan 13 liter pada F900R. CIri ini adalah pertama di dunia dalam struktur motosikal.

CIRI-CIRI LAIN

Kedua-dua siri F mempunyai lampu LED, manakala terdapat pilihan untuk memasukkan adaptive cornering light sebagai komponen headlight pro. Ciri ini meningkatkan pencahayaan yang seterusnya meningkatkan keselamatan penunggang.

Kedua-dua motosikal ini mempunyai skrin warna TFT 6.5 inci dengan BMW Motorrad Connectivity sebagai asas.

PILIHAN WARNA (ANTARABANGSA)

BMW F900R boleh didapati dalam Blackstorm metallic, San Marino Blue metallic dan Style Sport dalam Hockenheim Silver metallic/Racing Red.

BMW F900 XR datang dalam Galvanic Gold metallic dan Sport dengan Racing Red.

GALERI BMW F900 R 2020

  

  

  

GALERI BMW F900 XR 2020

  

  

  

Related Items2020BMWbmw f900rbmw f900r 2020bmw f900xrbmw f900xr 2020bmw motorraddilancarF900RF900XRmalaysiarasmiUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
March 4, 2020
Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Related Items2020BMWbmw f900rbmw f900r 2020bmw f900xrbmw f900xr 2020bmw motorraddilancarF900RF900XRmalaysiarasmiUtama

More in Berita

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

LEXIN Malaysia Lancar Tiga Interkom Bluetooth Baharu, Harga Bermula RM98

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 
    BeritaOctober 21, 2026
  • Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli
    BeritaNovember 19, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888
    BeritaNovember 18, 2026
  • Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya
    BeritaNovember 18, 2026
  • 5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia
    BeritaNovember 18, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

OR Thailand Grand Prix ditangguhkan kerana coronavirus
Honda mungkin tutup operasi Manesar