• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

PDRM: Motor Yang Dah Modify Untuk Redah Banjir Boleh Kena Sita

PDRM: Motor Yang Dah Modify Untuk Redah Banjir Boleh Kena Sita
Amzar Hazeeq
December 1, 2025

Polis pantau trend motosikal ubah suai yang meredah banjir demi keselamatan awam.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pemilik motosikal yang dikesan melakukan ubah suai ekstrem semata-mata untuk meredah banjir berisiko berdepan tindakan sita oleh pihak berkuasa, menurut Polis Terengganu, menurut laporan Buletin TV3.

Pihak polis menegaskan trend menunggang motosikal diubah suai ketika banjir bukanlah aktiviti yang patut dijadikan hiburan. Setiap musim tengkujuh, ramai mengambil peluang melakukan modifikasi kreatif pada motosikal mereka untuk mengharungi air, namun perbuatan itu jelas melanggar undang-undang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, tindakan mengubah suai motosikal bagi tujuan meredah banjir boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Setakat ini belum ada tindakan diambil, tetapi kita sentiasa memantau kawasan yang sering menjadi tumpuan aktiviti tersebut,” katanya ketika menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis IPD Besut dan Pengerusi PERKEP IPD Besut, hari ini.

Beliau menegaskan penguatkuasaan perlu diperkasakan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini sepanjang musim banjir, termasuk risiko lemas atau dihanyutkan arus deras.

“Kita tidak mahu berlakunya tragedi yang boleh membawa maut. Aktiviti seperti ini perlu dihentikan kerana ia mengundang bahaya,” katanya.

Polis: Motosikal Diubah Suai Untuk Redah Banjir Boleh Disita
Sumber: Bernama

Dalam masa sama, penduduk di kawasan terjejas turut meluahkan rasa kurang senang dengan kehadiran kumpulan penunggang yang meredah banjir menggunakan motosikal diubah suai. Selain bunyi ekzos yang kuat, kehadiran mereka juga menambah kesesakan di lokasi banjir.

Penduduk Setiu, Rashidah Omar, 32, berkata kehadiran mereka bukan sahaja tidak membantu, malah menimbulkan gangguan kepada mangsa banjir.

“Saya memang rasa tak selesa. Mereka datang bukan nak menolong, sebaliknya buat keadaan lebih sesak,” katanya ketika ditemui di Kampung Hulu Seladang.

Penduduk turut meminta pihak berkuasa meningkatkan pemantauan kerana jumlah motosikal diubah suai yang muncul di kawasan banjir semakin bertambah setiap hari. Aduan sama turut diterima dari daerah Marang dan Kuala Terengganu.

Related Items2025baruberitaHondamalaysiamotosikal diubah suainewnewssitaUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
December 1, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025baruberitaHondamalaysiamotosikal diubah suainewnewssitaUtamayamaha

More in Berita

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027
    BeritaOctober 27, 2026
  • MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Motor Asyik Semput? Ini Punca & Cara Atasinya Dengan Cepat
Kenapa Insurans Komprehensif Berbaloi Untuk Motor Baru & Motor Mahal