Dari semasa ke semasa, syarikat-syarikat motosikal besar akan meminta pelajar reka bentuk untuk membuat apa yang mereka percaya adalah masa depan motosikal, dan bukan kali pertama kami melihat beberapa idea yang dipilih untuk menjadi kenyataan. Tetapi kali ini pula, Ducati tidak meminta apa-apa daripada sekumpulan pelajar Politecnico di Milano, di Itali, tetapi mereka telah mereka apa yang mereka percaya boleh menjadi superbike elektrik Ducati masa depan.
Ducati Zero dilahirkan dari mimpi dan idea-idea tiga pelajar, yang mengatakan bahawa “The Ducati Zero adalah hasil fokus kami pada konsep minimalis, dengan sebuah badan yang berbeza dalam dua nada yang memisahkan struktur dari segi teknikal. Inspirasi reka bentuk didapati daripada ular yang siap menyerang”.
Reka futuristik tidak menyembunyi inspirasi yang boleh didapati pada superbike Ducati terkini, Panigale V4 dengan badan yang diselaraskan dan mampat serta bahagian belakang yang agresif. Pada sisi fairing, logo Zero diterangi dan menukar warna berdasarkan mod tunggang yang dipilih oleh penunggang. Pada mod tunggang eco, logo akan berwarna hijau, pada mod street, logo akan menukar ke warna putih dan pada mod paling agresif, race, logo Ducati Zero akan bertukar merah.
Walaupun reka bentuk adalah satu aspek penting bagi konsep motosikal futuristik, superbike elektrik ini juga mempunyai pakej aerodinamik dan aliran udara. Air intakes antara lampu LED di hadapan Ducati Zero membiarkan udara masuk dan menyejukkan bateri, manakala liang-liang udara belakang membenarkan pelepasan udara untuk meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Buat masa ini, Ducati Zero hanya merupakan visi tiga pelajar tentang masa depan superbike elektrik Ducati, tetapi Claudio Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, telah memberitahu kami bahawa kami akan melihat pengeluar motosikal Itali memasuki segmen motosikal elektrik, dan hakikatnya Ducati mempunyai sejarah membantu dan membiayai jenis idea dan projek pelajar sebegini. Mungkin Ducati Zero lebih daripada sekadar mimpi, dan mungkin menjadi kenyataan lebih cepat dari yang kami harapkan.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS