• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo

MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
Amzar Hazeeq
August 24, 2026

Pemilik KEEWAY XDV 180 Evo yang terlibat akan mendapat penggantian swingarm baharu yang dilakukan tanpa sebarang kos bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketahanan motosikal.

Keeway Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Keeway Malaysia secara rasmi mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model KEEWAY XDV 180 Evo susulan pengenalpastian kemungkinan isu ketahanan pada komponen swingarm assembly.

Program ini melibatkan kira-kira 5,000 unit motosikal dan dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi memastikan tahap keselamatan serta ketahanan motosikal sentiasa berada pada tahap terbaik.

Menurut Keeway Malaysia, tindakan ini diambil sebagai komitmen syarikat dalam memastikan setiap pemilik KEEWAY XDV 180 Evo dapat menikmati pengalaman tunggangan yang lebih selamat dan yakin. Bagi mengatasi isu tersebut, Keeway Malaysia telah menyediakan komponen swingarm baharu yang menerima penambahbaikan dari segi reka bentuk dan ketahanan.

Komponen yang dikemas kini ini direka khas untuk menawarkan struktur yang lebih kukuh serta meningkatkan kestabilan motosikal ketika ditunggang dalam pelbagai keadaan jalan. Penambahbaikan ini juga dijangka memberikan ketahanan jangka panjang yang lebih baik berbanding komponen asal.

Keeway Malaysia

Keeway Malaysia menggesa semua pemilik KEEWAY XDV 180 Evo yang telah membeli motosikal tersebut sebelum ini supaya membuat semakan sama ada unit mereka terlibat dalam program panggil semula ini. Semakan boleh dibuat menerusi laman rasmi Product Recall di: https://productrecall.mforceservice.my

Sekiranya nombor casis motosikal disenaraikan sebagai unit yang terlibat, pemilik boleh terus menghubungi atau mengunjungi pengedar sah Keeway Malaysia tempat motosikal dibeli bagi menetapkan tarikh temu janji untuk proses penggantian. Keeway Malaysia juga memaklumkan bahawa keseluruhan proses penggantian swingarm akan dilakukan secara percuma kepada semua pemilik yang terlibat.

Ini termasuk penyediaan komponen swingarm baharu serta kos upah pemasangan, tanpa sebarang caj tambahan kepada pelanggan. Langkah ini diambil bagi memastikan semua motosikal yang terjejas menerima komponen yang telah dipertingkatkan tanpa membebankan pemilik.

Dalam masa yang sama, Keeway Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas kerjasama, kepercayaan dan sokongan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

Syarikat itu turut menegaskan komitmennya untuk terus menawarkan motosikal berkualiti tinggi bersama perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai, demi memastikan kepuasan serta keselamatan setiap pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorKeewayLokalmalaysiarecallUtamaXDV 180 EVO
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 24, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorKeewayLokalmalaysiarecallUtamaXDV 180 EVO

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Kedua Ogos 2026 di iMotorbike
Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia