• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Sedia Hadapi Cabaran Baharu di Silverstone Selepas Persiapan Intensif di Malaysia

Hakim Danish Sedia Hadapi Cabaran Baharu di Silverstone Selepas Persiapan Intensif di Malaysia
Amzar Hazeeq
August 5, 2026

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, kembali beraksi selepas cuti musim panas dengan misi memburu keputusan cemerlang di Grand Prix Britain.

Hakim Danish

Subscribe to our Instagram channel for the latest info and news!

Selepas memanfaatkan cuti musim panas selama tiga minggu di Malaysia, pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, kini bersedia menghadapi cabaran baharu di Grand Prix Britain yang akan berlangsung di Litar Silverstone hujung minggu ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menggunakan tempoh rehat selepas Grand Prix (GP) Jerman untuk memperkemaskan persiapan dari segi fizikal, mental dan teknikal. Bersama jurulatihnya, Hakim menjalani latihan intensif selain melakukan analisis terhadap perlumbaan sebelum ini sebagai persediaan menghadapi baki saingan Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 musim 2026.

Selain memberi tumpuan kepada latihan, Hakim turut meluangkan masa menghadiri beberapa program bersama penaja dan bertemu para penyokong di Malaysia sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diterimanya sepanjang musim ini.

Sokongan berterusan daripada penaja dilihat sebagai bukti keyakinan terhadap potensi pelumba kelahiran Terengganu itu, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta keputusan memberangsangkan di pentas dunia.

Kini, fokus Hakim beralih sepenuhnya kepada GP Britain yang bakal menjadi pengalaman baharu apabila beliau akan membuat penampilan sulung di Litar Silverstone.

Hakim Danish

Litar Silverstone terkenal sebagai antara litar paling mencabar dalam kalendar MotoGP dan Moto3, menampilkan 18 selekoh yang terdiri daripada 10 selekoh kanan dan lapan selekoh kiri. Laluan berkelajuan tinggi serta kombinasi selekoh teknikal dijangka menguji keberanian, ketepatan dan konsistensi setiap pelumba sepanjang perlumbaan.

Selain karakter litar yang unik, faktor cuaca di Britain yang sering berubah-ubah turut dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan strategi pasukan sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Hakim tiba di Silverstone dengan keyakinan tinggi selepas mengharungi separuh pertama musim yang cemerlang. Setakat ini, pelumba berusia 19 tahun itu berada di tangga ketujuh keseluruhan dengan mengumpul 86 mata selepas 11 pusingan, hasil kemenangan bersejarah di GP Republik Czech serta podium tempat ketiga di GP Itali.

Dalam carta Rookie of the Year, Hakim kini menghuni kedudukan ketiga dengan 86 mata. Beliau hanya ketinggalan empat mata di belakang pelumba Indonesia, Veda Pratama yang mengumpul 90 mata, manakala pendahulu dari Sepanyol, Brian Uriarte, mendahului carta dengan 127 mata.

Hakim Danish

Hakim berkata beliau berasa teruja untuk kembali berlumba selepas tamat cuti musim panas dan yakin persiapan yang dilakukan di Malaysia akan membantunya menghadapi baki musim ini.

“Persiapan saya untuk perlumbaan di Silverstone berjalan dengan lancar. Sudah tentu saya teruja untuk kembali berlumba selepas tamat cuti musim panas. Sepanjang berada di Malaysia, saya menggunakan masa yang ada untuk menjalani latihan dan mengkaji semula perlumbaan-perlumbaan sebelum ini bersama jurulatih saya supaya lebih bersedia menghadapi baki saingan musim ini.

“Untuk Grand Prix British, saya memang tidak sabar kerana ini merupakan kali pertama saya akan berlumba di Litar Silverstone. Saya tahu ia bukan litar yang mudah, jadi saya perlu cepat belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan litar sebaik mungkin. Saya akan memberikan yang terbaik untuk meraih keputusan yang positif,” kata Hakim Danish.

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, percaya Silverstone mempunyai karakter yang sesuai dengan gaya tunggangan Hakim, namun mengakui pasukan perlu menguruskan jangkaan kerana litar tersebut merupakan pengalaman baharu buat pelumba negara itu.

“Untuk pusingan di Silverstone ini, Hakim baru sahaja selesai menjalani cuti musim panas selama tiga minggu di Malaysia. Sepanjang tempoh itu, kami tidak melakukan latihan yang terlalu banyak, namun apa yang dijalankan sudah memadai untuk mengekalkan tahap kecergasan dan persediaannya sebelum kembali ke saingan.

“Silverstone merupakan litar baharu buat Hakim. Ia adalah litar yang panjang dengan banyak selekoh berkelajuan tinggi, dan saya percaya karakter litar ini sesuai dengan gaya tunggangannya. Kami juga telah berbincang dan bersetuju bahawa kami perlu menguruskan jangkaan dengan baik serta kekal kuat dalam apa jua situasi yang dihadapi sepanjang hujung minggu perlumbaan.

“Keadaan cuaca di United Kingdom juga sukar dijangka dan boleh berubah pada bila-bila masa, jadi kami perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan apa sahaja keadaan yang berlaku. Saya berharap Hakim dapat tampil kompetitif sejak sesi pertama dan bersaing bersama kelompok hadapan sepanjang perlumbaan,” katanya.

Dengan momentum positif yang dibawa dari separuh pertama musim, GP Britain menjadi peluang terbaik buat Hakim Danish untuk menambah kutipan mata, mengukuhkan kedudukan dalam carta keseluruhan serta terus memberi saingan dalam perebutan gelaran Rookie of the Year musim 2026.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 5, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Merdeka Ride Kembali Ogos Ini dengan Perjalanan yang Lebih Besar dan Tujuan yang Lebih Bermakna
Helmi Azman Dominasi Perlumbaan 2 MSBK600 di Sepang