• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Pergi Kerja Yang Terdapat di iMotorbike Penang

Top 5 Motor Pergi Kerja Yang Terdapat di iMotorbike Penang
Amzar Hazeeq
July 14, 2026

Pilihan motosikal yang jimat minyak, selesa ditunggang dan praktikal untuk kegunaan harian. Sesuai untuk mereka yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari di sekitar Penang.

Top 5 Motor Pergi Kerja

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Menggunakan motosikal untuk pergi kerja bukan lagi sekadar pilihan, malah sudah menjadi keperluan bagi ramai rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang sering sesak seperti Penang. Dengan keadaan trafik yang semakin sesak setiap hari, motosikal mampu membantu menjimatkan masa perjalanan, mengurangkan penggunaan bahan api, dan memudahkan urusan mencari parking.

Namun begitu, bukan semua motosikal sesuai dijadikan motosikal harian. Ada yang lebih selesa untuk perjalanan jauh, ada yang lebih jimat minyak, dan ada juga yang menawarkan keseimbangan antara prestasi serta praktikaliti. Jika anda sedang mencari motosikal untuk ulang-alik ke tempat kerja, berikut merupakan Top 5 motor pergi kerja yang terdapat di iMotorbike Penang.

Top 5 Motor Pergi Kerja

1. Yamaha MT-15

Jika anda mahukan motosikal yang sporty tetapi masih selesa digunakan setiap hari, Yamaha MT-15 merupakan antara pilihan terbaik. Dikuasakan oleh enjin 155cc VVA yang menghasilkan sekitar 19 hp dan 14.7 Nm tork, motosikal ini mempunyai kuasa yang mencukupi untuk kegunaan dalam bandar mahupun di atas highway.

Riding position yang lebih tegak berbanding motosikal sportbike membuatkan MT-15 lebih selesa ditunggang ketika perjalanan harian. Saiznya yang kompak dan ringan juga memudahkan anda mencelah di celah-celah trafik yang sesak. Bagi mereka yang mahukan gabungan gaya, prestasi dan keselesaan, MT-15 sememangnya satu pilihan yang sukar untuk ditolak.

Top 5 Motor Pergi Kerja

2. Yamaha Y16ZR

Bagi peminat motosikal kapcai berprestasi tinggi, Yamaha Y16ZR sudah semestinya tidak memerlukan pengenalan. Motosikal ini menggunakan enjin 155cc VVA yang menghasilkan sekitar 17.7 hp dan 14.4 Nm tork, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan bersama assist and slipper clutch.

Walaupun mempunyai prestasi yang cukup mengagumkan, Y16ZR masih mengekalkan ciri-ciri sebuah kapcai yang praktikal. Beratnya yang ringan dan saiz yang kecil menjadikannya sangat mudah untuk dikendalikan ketika meredah kesesakan lalu lintas. Jika anda mahukan motosikal yang boleh digunakan untuk pergi kerja tetapi masih menyeronokkan apabila dibawa ride pada hujung minggu, Y16ZR memang pilihan yang tepat.

Top 5 Motor Pergi Kerja

3. Honda ADV 160

Jika keselesaan menjadi keutamaan anda, Honda ADV 160 adalah antara skuter terbaik yang boleh dipilih. Ia dikuasakan oleh enjin 157cc eSP+ yang menghasilkan sekitar 15.8 hp dan 14.7 Nm tork, memberikan kuasa yang lancar dan penggunaan minyak yang menjimatkan.

Apa yang membuatkan ADV 160 begitu sesuai untuk kegunaan harian ialah riding position yang santai, ruang simpanan bawah tempat duduk yang besar serta sistem suspension yang lebih selesa berbanding kebanyakan skuter lain. Perjalanan ke tempat kerja menjadi lebih santai, terutamanya jika anda perlu menempuh perjalanan yang jauh setiap hari. Dimudahkan lagi dengan ruang simpanan luas yang memudahkan anda membawa beg kerja atau menyimpan helmet apabila tiba di destinasi.

Top 5 Motor Pergi Kerja

4. Modenas Z 250

Bagi mereka yang inginkan sebuah motosikal naked dengan gaya yang lebih sporty, Modenas Z250 merupakan pilihan yang sangat menarik. Dikuasakan oleh enjin 249cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 37 hp dan 23 Nm tork, motosikal ini menawarkan prestasi yang lebih bertenaga berbanding motosikal kapcai atau skuter, namun masih mudah dikendalikan untuk kegunaan harian.

Walaupun mempunyai kuasa yang lebih tinggi, Z250 ABS masih selesa digunakan untuk perjalanan ke tempat kerja. Riding position yang lebih tegak berbanding model Ninja menjadikannya lebih selesa ketika meredah trafik, manakala beratnya yang seimbang memudahkan kawalan ketika mencelah di jalan yang sesak. Sistem Anti-lock Braking System (ABS) pula memberikan keyakinan tambahan ketika membrek, terutama ketika hujan atau dalam situasi kecemasan. Jika anda mahukan motosikal yang mampu memberikan keseimbangan antara prestasi, gaya dan keselesaan untuk ulang-alik ke tempat kerja setiap hari, Kawasaki Z250 ABS sememangnya pilihan yang sukar untuk diketepikan.

Top 5 Motor Pergi Kerja

5. Modenas Kriss 110

Kalau anda mencari motosikal yang benar-benar menjimatkan kos, Modenas Kriss 110 merupakan antara pilihan paling praktikal. Dikuasakan oleh enjin 110cc yang terkenal dengan penggunaan minyak yang sangat rendah, motosikal ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan kos perjalanan harian.

Walaupun spesifikasinya ringkas, Kriss 110 terkenal dengan ketahanan, kos maintenance yang rendah dan alat ganti yang mudah untuk didapati. Saiznya yang kecil juga memudahkan anda bergerak dalam trafik dan mencari parkirng. Untuk mereka yang hanya mahukan sebuah motosikal yang boleh diharap setiap hari tanpa perlu risau tentang kos maintenance, Modenas Kriss 110 memang sukar untuk ditewaskan.

Kesimpulan

Memilih motosikal untuk kegunaan harian bukan sekadar melihat kepada rupa atau prestasi semata-mata. Faktor seperti penggunaan minyak, kos maintenance, keselesaan dan kemudahan ketika meredah trafik juga memainkan peranan penting. Sama ada anda lebih gemarkan motosikal naked, kapcai ataupun skuter, setiap model dalam senarai ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk memenuhi keperluan perjalanan harian anda.

Jika anda sedang mencari motosikal untuk pergi kerja di sekitar Penang, semua model dalam senarai ini boleh didapati di iMotorbike Penang. Setiap motosikal telah melalui pemeriksaan rapi dan ditawarkan pada harga yang berpatutan. Selain membeli motosikal, anda juga boleh menjual atau trade-in motosikal lama anda dengan proses yang mudah dan pantas. Kunjungi showroom iMotorbike Penang atau layari website iMotorbike untuk maklumat lebih lanjut.

@imotorbike.penang

Geng Penang!!! nak cari motor daily? jom singgah showroom iMotorbike😍 imotorbike jomnaikmotor motormurah belimotor #jualmotor

♬ original sound – iMotorbike Penang – iMotorbike Penang

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliSEOUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 14, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliSEOUtamayamaha

More in Berita

Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Beli Motor Terpakai?

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

Dugaan Moto4 Asia Cup: Qabil Irfan Terpaksa Sisih Dua Pusingan

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

CFMOTO 450SR vs Kawasaki Ninja 500: Premium Atau Kebolehpercayaan Terbukti

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

iMotorbike Tawar Diskaun 5% Insurans Motosikal 250cc Ke Bawah Oktober Ini

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Motor TipTop Bulanan Mantop: Ansuran Bulanan Serendah RM150 

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Apa Jadi Kalau Motor Tak Ada Insurans? Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar

Amzar HazeeqSeptember 30, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike
    BeritaOctober 2, 2026
  • 5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service
    BeritaOctober 2, 2026
  • Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham
    BeritaOctober 2, 2026
  • 2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf
    BeritaOctober 2, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Lancar Promosi Mid-Year Sale di Pulau Pinang dan Johor
Top 5 Superbike Terbaik di Malaysia Pada Tahun 2026