Senarai barang penting yang setiap penunggang motosikal patut simpan untuk hadapi situasi kecemasan, supaya tak panik dan tak terus bergantung kepada rescue service.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Ramai penunggang hanya fikir tentang helmet, jaket dan minyak full tank sebelum keluar rumah. Tapi bila motor tiba-tiba buat hal tepi jalan, baru kita sedar tak ada persediaan langsung. Hakikatnya, ada beberapa barang asas yang boleh bantu anda selesaikan masalah kecil tanpa perlu terus hubungi perkhidmatan rescue. Emergency kit motosikal tak perlu besar atau mahal. Cukup sekadar barang penting yang praktikal dan mudah simpan bawah seat atau dalam beg kecil.
Kenapa Emergency Kit Penting Untuk Rider?
Situasi breakdown boleh berlaku bila-bila masa dan tak kira dimana. Tayar pancit, bateri lemah, rantai longgar atau motor susah nak start selepas hujan lebat. Kalau ada persediaan, anda mungkin boleh atasi masalah kecil sendiri atau sekurang-kurangnya tunggu bantuan dengan lebih selamat. Emergency kit bukan bermaksud anda perlu jadi mekanik tepi jalan. Ia cuma tentang mengurangkan risiko dan mengelakkan panik.

Barang Asas Yang Wajib Ada
Antara barang paling penting ialah tyre repair kit untuk tayar tubeless. Sekurang-kurangnya anda boleh tampal sementara dan gerak ke bengkel terdekat. Selain itu, pam angin mini atau portable air pump juga sangat membantu.
Power bank atau portable jump starter pula sangat berguna jika bateri tiba-tiba lemah. Ramai rider tak sedar bateri boleh mati tanpa amaran jelas, terutamanya kalau motor jarang guna.
Lampu suluh kecil juga wajib ada. Breakdown waktu malam memang mencabar, jadi pencahayaan tambahan sangat membantu untuk periksa keadaan motor.
Jangan lupa simpan kain lap kecil dan sarung tangan. Nampak remeh, tapi bila tangan kena minyak atau nak sentuh bahagian panas enjin, baru terasa pentingnya.
Barang Tambahan Yang Ramai Tak Fikir
Ramai rider tak simpan salinan insurans atau nombor kecemasan dalam telefon dan dalam bentuk fizikal. Kalau telefon kehabisan bateri atau rosak, ini boleh jadi masalah.
Vest pantul cahaya juga sangat disarankan, terutamanya jika anda selalu ride waktu malam atau highway. Keselamatan diri lebih penting daripada segalanya.
Ada juga rider yang simpan cable tie dan pita pelekat tahan panas. Benda kecil macam ni kadang-kadang boleh selamatkan keadaan sementara sebelum sampai bengkel.

Bila Perlu Guna Kit, Bila Perlu Call Rescue?
Emergency kit sesuai untuk masalah kecil seperti tayar bocor ringan atau bateri lemah. Tapi kalau melibatkan enjin overheating teruk, bunyi pelik dari gearbox, atau kemalangan, jangan ambil risiko. Lebih baik hubungi rescue service untuk keselamatan anda dan motor. Ingat, emergency kit hanyalah bantuan sementara, bukan pengganti servis profesional.
Kesimpulan
Sebagai rider, kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku atas jalan. Tapi kita boleh bersedia. Dengan emergency kit yang ringkas dan praktikal, anda boleh kurangkan tekanan bila berlaku situasi tak dijangka. Tak perlu tunggu sampai tersadai baru nak fikir. Sediakan awal, ride dengan tenang.
Kalau terlupa nak bawak emergency kit, ataupun motor rosak sampai emergency kit tak boleh nak bantu, iMotorbike ada menawarkan perkhidmatan iMotorbike Rescue. Dengan kadar serendah RM8.25 sebulan, anda dah tak perlu risau kalau motor anda tiba-tiba rosak. Kami dapat tolong selesaikan masalah anda. Berminat dengan servis kami, layari lah website iMotorbike untuk maklumat lanjut.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS