• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kerajaan Turunkan Harga RON95 Kepada RM1.99 Seliter

Kerajaan Turunkan Harga RON95 Kepada RM1.99 Seliter
Hazique Zairill
September 22, 2025

Melalui inisiatif BUDI95, rakyat Malaysia bakal menikmati harga petrol lebih murah bermula 30 September 2025.

RON95

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini segera!

Kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter untuk semua rakyat Malaysia bermula 30 September 2025 menerusi pelaksanaan inisiatif penyasaran subsidi BUDI95.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah tersebut adalah tanda penghargaan kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, selain memastikan manfaat subsidi hanya dinikmati secara adil oleh warganegara.

RON95

“Melalui BUDI95, kerajaan menurunkan harga RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia, sebagai penghargaan dan manfaat terus kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan September 2025 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, hasil daripada penjimatan subsidi sebelum ini yang turut dinikmati bukan warganegara serta syarikat besar akan disalurkan kembali untuk kepentingan rakyat.

Sebagai langkah awal, anggota polis dan tentera akan mula menikmati harga RM1.99 seliter bermula 27 September, diikuti golongan B40 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September, sebelum diperluaskan kepada semua warganegara pada 30 September 2025.

RON95

“Subsidi RON95 ini khusus untuk rakyat Malaysia sahaja, manakala bukan warganegara dan syarikat besar perlu membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter. Tiada syarat tahap pendapatan dikenakan, dengan dianggarkan lebih 16 juta rakyat layak menikmati subsidi ini,” tambah Anwar.

Bagi mendapatkan harga subsidi, rakyat hanya perlu menggunakan MyKad sah di pam minyak atau melalui aplikasi digital seperti Touch ‘n Go dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel. Tiada pendaftaran tambahan diperlukan, sekali gus memudahkan proses pembelian tanpa menjejaskan kelancaran transaksi.

Perdana Menteri turut menjelaskan, pelaksanaan subsidi secara berperingkat ini bertujuan memberi masa kepada rakyat membiasakan diri dengan mekanisme baharu sebelum pelaksanaan penuh bermula hujung bulan ini.

Related Items2025baruberitamalaysiaMinyakpetrolSubsidiUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 22, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitamalaysiaMinyakpetrolSubsidiUtama

More in Berita

Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor

Amzar HazeeqJanuari 30, 2026
Read More

Kalendar Malaysian Cub Prix 2026 Diumum

Hazique ZairillJanuari 29, 2026
Read More

Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket

Amzar HazeeqJanuari 29, 2026
Read More

Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda

Amzar HazeeqJanuari 29, 2026
Read More

ECU & Tuning Motor: Prestasi Bertambah, Tapi Apa Risiko Jangka Panjangnya?

Amzar HazeeqJanuari 28, 2026
Read More

JPJ Negeri Sembilan Kutip RM187,100 Menerusi Lelongan 100 Kenderaan Sitaan

Hazique ZairillJanuari 28, 2026
Read More

Suzuki Minat Sertai Segmen 350–500cc

Hazique ZairillJanuari 28, 2026
Read More

Afaz Kencana Sport 115 vs Yamaha EZ115: Dua Kapcai 115cc, Dua Pendekatan Berbeza

Amzar HazeeqJanuari 28, 2026
Read More

Masalah Quickshifter Yang Jarang Dibincangkan Oleh Rider

Amzar HazeeqJanuari 28, 2026
Read More

Tabiat Menunggang Yang Perlahan-Lahan Merosakkan Motor

Amzar HazeeqJanuari 28, 2026
Read More

AFAZ AO3 Supermoped: Pencabar Baru Segmen Kapcai 150cc 2026?

Hazique ZairillJanuari 28, 2026
Read More

5 Tempat Rider Superbike Selalu Lepak 

Hazique ZairillJanuari 27, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Motosikal Bajet Terbaik: Top 5 Pilihan Bawah RM7,000 di Malaysia
    BeritaJanuari 8, 2026
  • 6 Motor Terbaik di iMotorbike untuk Mereka yang Duduk Jauh dari Tempat Kerja
    BeritaJanuari 12, 2026
  • Motor Keluaran China: Berbaloi Beli Atau Baik Beli?
    BeritaJanuari 8, 2026
  • Motor “Underrated”: Model Yang Ramai Rider Terlepas Pandang
    BeritaJanuari 14, 2026
  • Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia
    BeritaJanuari 19, 2026
  • RON95 vs RON97: Adakah Jenis Petrol Benar-Benar Memberi Kesan Pada Motor Harian?
    BeritaJanuari 13, 2026
  • Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor
    BeritaJanuari 30, 2026
  • Kalendar Malaysian Cub Prix 2026 Diumum
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda
    BeritaJanuari 29, 2026
  • ECU & Tuning Motor: Prestasi Bertambah, Tapi Apa Risiko Jangka Panjangnya?
    BeritaJanuari 28, 2026
  • JPJ Negeri Sembilan Kutip RM187,100 Menerusi Lelongan 100 Kenderaan Sitaan
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Suzuki Minat Sertai Segmen 350–500cc
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Fungsi ABS pada Motosikal: Lebih Selamat di Jalan Raya
Hakim Danish Terlepas Podium di JuniorGP Misano
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat