• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Polis Guna Dron Kesan Penunggang Degil di Lebuhraya Persekutuan

Polis Guna Dron Kesan Penunggang Degil di Lebuhraya Persekutuan
Hazique Zairill
Jun 17, 2025

Polis guna dron kesan penunggang motosikal langgar peraturan di Lebuhraya Persekutuan. 32 saman dikeluarkan dalam masa setengah jam, termasuk kepada ‘rider’ yang ingat boleh lepas lari.

Langgan  saluran Telegram kami  untuk kemas kini segera!

Kalau selama ni penunggang motosikal rasa mereka boleh lepas kalau langgar undang-undang, lebih-lebih lagi bila guna laluan utama dan bukan lorong motosikal, fikir semula. Hari ini, polis turun padang dengan ‘backup’ teknologi canggih iaitu dron!

Dalam satu operasi penguatkuasaan di Lebuhraya Persekutuan, polis dari IPD Petaling Jaya dengan bantuan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman guna dron untuk rakam aksi penunggang yang buat kesalahan trafik. Operasi yang bermula jam 11 pagi ini dilaporkan Bernama sebagai sebahagian usaha untuk kurangkan kemalangan yang banyak melibatkan penunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar kata, walaupun baru setengah jam operasi berjalan, 32 saman sudah dikeluarkan, termasuk yang kena tahan terus di lokasi dan yang dikesan melalui rakaman dron.

“Ramai yang ingat boleh lari lepas buat salah, tapi nombor plat dah kami rakam. Saman tetap akan sampai ke rumah,” kata beliau. “Kita akan proses laporan trafik dahulu sebelum tindakan lanjut diambil bawah POL 170A.”

Penunggang Kena Sedar Risiko

ACP Shahrulnizam turut tegur sikap sesetengah penunggang yang bertindak seperti ‘samseng jalanan’ dengan selamba langgar undang-undang dan guna laluan utama yang sepatutnya untuk kenderaan besar.

“Sekiranya mereka menggunakan jalan utama, mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan akibat daripada kemalangan, jadi operasi motosikal pada hari ini bertujuan meminimumkan kes kemalangan.

Statistik juga membimbangkan, katanya, 70% kematian jalan raya datang daripada golongan penunggang motosikal.

Mengikut data polis, jumlah kes kemalangan motosikal di Lebuhraya Persekutuan bawah IPD Petaling Jaya meningkat ketara, 204 kes dicatat setakat tahun ini (naik 35.1% berbanding tahun lepas). Tahun lepas ada 52 kes kematian, dan tahun ini sudah pun ada 34 kes maut direkodkan sehingga Mei.

Laluan Motosikal Kena Dijaga Juga

ACP Shahrulnizam juga menasihatkan kepada syarikat konsensi lebuh raya untuk memastikan laluan motosikal selamat dilalui oleh para penunggang dari segi pencahayaan dan keadaan jalan raya itu sendiri bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dengan bantuan teknologi macam dron ni, jelas pihak polis semakin serius dalam memastikan jalan raya lebih selamat untuk semua. Jadi, kalau anda delivery rider, commuter harian atau rider hujung minggu, ikut laluan yang betul ya! Patuhilah undang-undang jalan raya dan sentiasa ingat orang tersayang. 

Related Itemsbaruberitadronemalaysiapdrmpolis trafiksamanUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Jun 17, 2025
Hazique Zairill

Related Itemsbaruberitadronemalaysiapdrmpolis trafiksamanUtama

More in Berita

Pemeriksaan Sebelum Menunggang yang Boleh Elakkan Kerosakan dan Situasi Kecemasan

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Apa Perlu Ada Untuk Beli Motor di iMotorbike? 

Hazique ZairillFebruari 24, 2026
Read More

5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Top 5 Masjid Best Untuk Solat Terawih Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?

Amzar HazeeqFebruari 19, 2026
Read More

RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More

Hujan, Panas, Banjir: Bagaimana Cuaca Boleh Buat Motor Cepat Rosak

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More

Motor Moden ‘Merajuk’ Tanpa Warning? Jom Faham Kenapa

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More

Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Naik Kapcai, Pakai Helmet Fullface — Kenapa Tidak?

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor
    BeritaJanuari 30, 2026
  • Afaz Kencana Sport 115 vs Yamaha EZ115: Dua Kapcai 115cc, Dua Pendekatan Berbeza
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Suzuki Minat Sertai Segmen 350–500cc
    BeritaJanuari 28, 2026
  • AFAZ AO3 Supermoped: Pencabar Baru Segmen Kapcai 150cc 2026?
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Tabiat Menunggang Yang Perlahan-Lahan Merosakkan Motor
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Pemeriksaan Sebelum Menunggang yang Boleh Elakkan Kerosakan dan Situasi Kecemasan
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Apa Perlu Ada Untuk Beli Motor di iMotorbike? 
    BeritaFebruari 24, 2026
  • 5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Top 5 Masjid Best Untuk Solat Terawih Pada Tahun 2026
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?
    BeritaFebruari 19, 2026
  • RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Hujan, Panas, Banjir: Bagaimana Cuaca Boleh Buat Motor Cepat Rosak
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha Y15ZR VS Honda RS150R: Siapa Raja Kapcai Sebenar?
6 Tayar Motor Terbaik di Malaysia Untuk Prestasi & Keselamatan Maksimum
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat