HELMET JET HJC RPHA 31 ADALAH HELMET TERBARU EROPAH DENGAN CIRI-CIRI ANTI CALAR DAN ANTI KABUS.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Pengeluar topi keledar motosikal, Hong Jin-Crown Corp (HJC) telah mengembangkan rangkaian model topi keledar untuk pasaran global menerusi pelancaran HJC RPHA 31.
Menggunakan teknologi shell PIM (Premium Integrated Matrix), HJC RPHA 31 ialah topi keledar jenis jet yang sesuai untuk kegunaan harian, terutamanya untuk pengguna skuter di kawasan bandar.
Visor hadapan menawarkan perlindungan muka yang komprehensif tetapi masih menawarkan ruang yang baik untuk pengudaraan. Menurut HJC, visor adalah anti-UV dan disalut dengan bahan anti-calar. Ini menjadikan ia bukan sahaja tahan lama tetapi ia juga melindungi muka daripada panas matahari.
Selain itu, visor ini mempunyai ciri anti-kabus dengan kanta Pinlock. Seperti model ‘jet’ lain, RPHA 31 ini turut didatangkan dengan ‘sun visor’. Terdapat dua bolong udara utama yang ditawarkan termasuk bolong keluar haba yang terletak di bahagian belakang.
Pad dalam boleh ditanggalkan sepenuhnya dan boleh dibasuh. Keseluruhan pad dalam juga disalut dengan bahan anti-bakteria.
Dari segi keselamatan, topi keledar memenuhi standard ECE R22.06 terkini. HJC telah membina topi keledar menggunakan bahan gentian komposit yang tahan lama dan kuat.
Untuk pasaran Eropah, RPHA 31 boleh didapati pada harga EUR429.90 (RM2.1k).
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS