STRIKER WORKS JEPUN TELAH MENGHASILKAN REKA BENTUK BARU UNTUK PEMEGANG HENDAL BELAKANG KUSTOM BAGI SUZUKI HAYABUSA 2022.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Firma Jepun Striker Works telah membangunkan pemegang hendal belakang sebagai aksesori untuk motosikal super Suzuki Hayabusa edisi 2022. Komponen itu akan tersedia pada pertengahan Mei pada harga sekitar 63,800 yen (RM2,080).
Striker Works membuat pemegang hendal belakang dengan menggunakan bahan titanium yang juga hasil kerja buatan tangan.
Hendal titanium hanya seberat 430 gram dan didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Titanium Heat Color dan Titanium Mirror Finish.
Walau bagaimanapun, pemegang hendal belakang mungkin mempunyai perbezaan ruang atau jarak di kiri dan kanan cowl apabila dipasang. Ini disebabkan oleh proses lenturan yang dilakukan secara manual.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS