JUSTIN BIEBER X VESPA MEMBERIKAN SENTUHAN KHAS KEPADA SKUTER IKONIK ITALI DALAM PROJEK KERJASAMA BERPROFIL TINGGI TERBARU MEREKA.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Baru-baru ini Vespa telah memperkenalkan skuter edisi terhad dengan kerjasama selebriti terkenal dunia, Justin Bieber.
Jenama skuter Itali itu mengumumkan tahun lalu bahawa Bieber menjadi personaliti terbaru untuk bekerjasama dengan Vespa dalam menghasilkan skuter istimewa.
Vespa sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa jenama dan personaliti terkenal seperti Giorgio Armani, Christian Dior dan Sean Wotherspoon.
Menurut Vespa, Bieber X Vespa adalah model yang unik dan memberi inspirasi. Tambahan pula, Bieber sendiri merupakan peminat besar jenama itu.
“Kali pertama saya menunggang Vespa ialah semasa di Eropah dan saya masih ingat sebaik saja saya melihat skuter itu di jalan raya, saya terus teringin untuk memilikinya. Pengalaman menunggang Vespa sangat mengujakan.”
“Saya suka Vespa dan dapat bekerjasama dengan jenama klasik ini sangat menyeronokkan,” kata Bieber.
Bieber X Vespa didatangkan dalam pilihan warna serba putih dengan nama Bieber turut dipaparkan pada bahagian sisi panel belakang yang dipadankan dengan corak berapi-api.
Vespa Bieber X ditawarkan dalam tiga varian iaitu 50, 125 dan 150cc. Skuter ini dilengkapi dengan skrin TFT, lampu LED penuh dan rim 12 inci.
Pelanggan juga boleh menambah pakej aksesori khas yang termasuk beg, sarung tangan dan topi keledar serba putih.
Pra-pesanan untuk Vespa Bieber X ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 20 April 2022.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS