SUZUKI RAIDER J CROSSOVER BAHARU ADALAH JENIS MOTOSIKAL KAPCAI YANG MEMBOLEHKAN RAMAI MENGALAMI TUNGGANGAN ‘OFF-ROAD.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Baru-baru ini, Suzuki Malaysia melancarkan tiga model berkapasiti 150cc untuk pasaran tempatan. Pelancaran Raider R150 Fi, GSX-S150 dan GSX-R150 telah membuat penambahan baharu kepada segmen kapcai, ‘naked’ dan ‘full-fairing’.
Walau bagaimanapun, terdapat model anjakan 112.8cc yang mungkin dipertimbangkan untuk pasaran Malaysia kerana ia menawarkan ciri-ciri praktikal untuk pengguna di Malaysia.
Suzuki Raider J Crossover adalah motosikal jenis kapcai yang didatangkan dengan elemen ‘motocross’ dan sesuai digunakan dalam pelbagai situasi termasuk permukaan luar jalan, apatah lagi dibantu dengan jarak tanah 156mm dan tinggi tempat duduk (775mm).
Dengan aktiviti sukan permotoran ekstrem yang semakin popular di Malaysia, Suzuki Raider J Crossover membolehkan lebih ramai orang merasai pengalaman menunggang ‘off-road’.
Bukan itu sahaja, dengan enjin yang tahan lasak, Suzuki Raider J Crossover juga cukup sesuai untuk kegunaan harian terutamanya bagi mereka yang menyara hidup sebagai penghantar makanan dan barangan.
Suzuki Raider J Crossover dikuasakan oleh enjin satu silinder SOHC 112.8cc dengan penyejukan udara dan suntikan bahan api yang menghasilkan 9.1hp @7,500rpm dan 9Nm @6,500rpm serta dikuasakan oleh transmisi 4-kelajuan.
Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan ialah fork depan teleskopik 31mm, brek cakera depan dan brek dram belakang serta tangki 4L. Raider J Crossover ini juga mempunyai berat hanya 97 kilogram jadi ia cukup mudah untuk semua jenis penunggang termasuk lelaki dan wanita.
Buat masa ini Suzuki Raider J Crossover telah pun ditawarkan di Indonesia, Filipina dan baru-baru ini, Thailand.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS