PEMINAT SUZUKI TEMPATAN KINI BOLEH MEMILIKI SUZUKI RAIDER R150 FI AS25 EDISI AZLAN SHAH SERBA BAHARU.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Semasa pelancaran tiga model 150cc dari Suzuki Malaysia yang merangkumi Raider R 150 Fi, GSX-R150 dan GSX-S150, terdapat satu lagi berita baik yang ditawarkan untuk penggemar motosikal tempatan.
Suzuki Malaysia bersama pelumba tempatan kami, Azlan Shah Kamaruzaman telah melancarkan Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah.
Ciri utama model edisi khas ini ialah penggunaan grafik dan nombor #25 milik Azlan Shah selain didatangkan dengan pelbagai komponen aksesori daripada Racing Boy (RCB).
Penggunaan komponen RCB termasuk tuil brek dan cengkaman, ‘throttle grip’, cermin sisi, kayu sisi, ‘mono shock’ boleh laras, kaliper brek depan dan hos brek ‘keluli terjalin’.
Bukan itu sahaja malah ergonomik motosikal tersebut juga telah direka semula atas kehendak Azlan Shah sendiri.
Namun, Raider R150 Fi edisi AS25 masih dikuasakan oleh enjin satu silinder DOHC 147.3cc yang menjana 18.2hp @10,000rpm dan 13.8Nm @8,500rpm.
Bagi mereka yang berminat, Raider R150 Fi Azlan Shah Edisi terhad kepada 300 unit pengeluaran sahaja dan dijual pada harga RM11,988. Ini adalah RM3,815 lebih berbanding Raider R150 Fi standard.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS