SKUTER ELEKTRIK PERTAMA HUSQVARNA, VEKTORR, AKAN DIBINA DI INDIA BERSAMA BAJAJ.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Pada Mei 2021, Husqvarna mempersembahkan Vektorr, sebuah konsep skuter elektrik yang membayangkan rancangan masa depan syarikat bagi jentera elektrik. Spy shot mencadangkan bahawa pembangunan sedang berjalan dengan baik. Husqvarna Vektorr sedang dibina oleh Bajaj di India, jadi kita boleh menjangkakan beberapa persamaan dengan skuter elektrik Chetak.
Oleh kerana Bajaj dan Husqvarna telah melakukan kerja yang baik untuk menyamarkan penampilan terakhirnya, kami masih tidak tahu sama ada Vektorr akan menampilkan gaya radikal yang sama seperti model konsep, atau estetik yang lebih ringkas seperti Bajaj Chetak. Walau bagaimanapun, kita tahu ia akan dibina dalam kilang sama dengan skuter elektrik India. Oleh itu, sekiranya ia berkongsi platform dan rangkaian kuasa yang serupa, ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 45km/j, serta jarak gerak 95 km dengan satu caj.
Seperti Chetak, jarak gerak ini boleh dicapai jika kelajuan dihadkan kepada sekitar 70km/j. Motor elektrik DC jenis brushless dengan output kuasa puncak kira-kira 5.4hp menyediakan kuasa yang mencukupi untuk tunggangan bandar. Ia mendapat kuasa daripada pek bateri litium 3kWh. Tambahan pula, Vektorr mungkin dilengkapi dengan mod tunggangan boleh tukar untuk kemudahan tambahan.
Kita boleh menjangkakan komponen kualiti tertentu daripada Bajaj Chetak akan dibawa ke Husqvarna Vektorr. Sebagai permulaan, kita dapat melihat fork depan satu sisi dan monoshock belakang yang dipasang secara lateral. Dari segi brek, terdapat break cakera di depan dan brek drum di belakang.
Akhir sekali, Vektorr akan hadir dengan ciri elektronik mewah seperti panel instrumen digital sepenuhnya dan lampu LED penuh. Setakat ini, ini sahaja yang kita tahu tentang skuter Husqvarna Vektorr yang akan datang. Seperti yang anda lihat, kebanyakannya adalah spekulasi juga, jadi kita perlu tunggu dan lihat apa sebenarnya yang Husqvarna dan Bajaj ada untuk kita.
Sumber: Rideapart
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS