PETRONAS SPRINTA RACING HANYA AKAN MENGHANTAR JOHN MCPHEE UNTUK BERSAING DI SPIELBERG HUJUNG MINGGU INI.
Pelumba Malaysia Khairul Idham Pawi akan kembali ke Sepanyol untuk pemulihan dan penilaian perubatan jari yang dia patah semasa GP Austria. Ini bermakna PETRONAS Sprinta Racing hanya akan menghantar satu wakil, John McPhee ke GP Styria hujung minggu ini.
McPhee ingin capai perlumbaan optimistik di Spielberg kali ini untuk meraih kemenangan podium. Setakat ini, warga Britain telah meraih tiga podium musim ini. McPhee kini menduduki tempat kedua dalam Kejuaraan Dunia dan akan berusaha untuk mendahului.
Malangnya, Khairul tidak akan beraksi pada pusingan keenam kejuaraan. Dia telah kembali ke Barcelona untuk mendapatkan rawatan perubatan lebih lanjut. Ini dengan pertimbangan terbaik untuk keadaan kesihatan pelumba Malaysia untuk menarik diri dari perlumbaan. Namun, pasukan ini berharap agar KIP dapat kembali ke triple-header seterusnya, bermula di Misano.
Sesi Latihan Percuma Moto3 pertama hujung minggu akan bermula pada hari Jumaat jam 9 pagi waktu tempatan (3 petang MYT). Untuk perlumbaan 23 pusingan Ahad dijadualkan pada 11 pagi waktu tempatan (5 petang MYT).
DATUK RAZLAN RAZALI- APA YANG DIHARAPKAN?
“Kami bersama-sama duduk dengan KIP, ketuanya dan Pengarah Pasukan untuk melihat keadaan. Kami percaya bahawa ia adalah yang terbaik baginya untuk mengundur diri dari perlumbaan ini agar jarinya dirawat dengan betul di Barcelona esok. Ini akan membolehkannya pulih dan berehat selama tiga minggu. Supaya dia dapat kembali kuat di Misano. Ini adalah keputusan yang sukar sekali lagi oleh pihak pengurusan dan KIP. Namun, ini adalah perkara yang perlu diambil demi kepentingan keselamatan dan kesihatannya, dan juga pasukan.”
KHAIRUL IDHAM PAWI- APA YANG DIHARAPKAN?
“Saya telah berbincang dengan pasukan semasa perlumbaan terakhir di Austria mengenai apakah penyelesaian terbaik untuk jari saya kerana saya bergelut semasa ingin brek. Saya boleh menunggang motosikal tetapi saya tidak dapat menunggang seperti mana yang saya mahukan dan saya tidak boleh menolak. Ini adalah saat yang sangat sukar kerana saya sudah menghadapi masalah ini sejak tahun lalu dan sekarang lagi. Jadi, ia adalah keputusan yang sukar untuk mengundur diri pada hujung minggu ini tetapi ia adalah sesuatu yang kami semua setuju adalah penyelesaian terbaik.
Sekarang saya akan pergi ke Barcelona untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan nasihat mereka mengenai apa yang boleh kita lakukan dan apakah langkah seterusnya. Saya tidak sabar untuk kembali lebih kuat di Misano, saya sangat berharap, tidak ada lagi masalah dengan jari saya. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan pada hujung minggu ini di Austria, kerana pada minggu lalu kami melihat bahawa John sangat kuat.”
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS