TOM SYKES DAN EUGENE LAVERTY DARI BMW MOTORRAD WORLDSBK AKAN KE PHILIP ISLAND DENGAN KEYAKINAN.
Musim baru FIM Superbike World Championship (WorldSBK) akan bermula hujung minggu ini di Philip Island, Australia, dari 28 Februari hingga 1 Mac. Pasukan BMW Motorrad WorldSBK akan mula musim keduanya kali ini. Pelumba Tom Sykes dan rakan sepasukan barunya Eugene Laverty akan berlumba atas jentera BMW S 1000 RR tahun ini. Selepas rehat cuti musim sejuk yang baik, Team Principal Shaun Muir bersama pasukannya sudah sedia untuk pembukaan musim.
Pasukan tersebut akan mempamerkan BMW s 1000 RR yang diubah suai untuk WorldSBK 2020 pada BBQ media hari Khamis.
TOM SYKES (BMW MOTORRAD WORLDSBK TEAM)- APA YANG DIJANGKA?
“Saya sangat gembira dengan keadaan kami. Kami mempunyai uji musim sejuk yang berjaya dan tidak begitu risau dengan masa pusingan dan hanya fokus pada persediaan BMW S 1000 RR. Kami sudah hadapi program uji mencabar dan apabila kami tiba di Philip Island ia berbayar. Sebaik sahaja saya bermula saya rasa sangat yakin, motosikal rasa baik dan kami dapat membuat beberapa perubahan kecil sebelum perlumbaan hujung minggu’”.
Secara keseluruhan, saya puas dengan keputusan. Kami mendapat banyak maklumat dan kami akan kaji dan pelajari apa yang kami dapat dalam beberapa hari ini untuk mendapat persediaan terbaik. Matlamat saya untuk pembuka musim: untuk lebih konsisten sepanjang musim tetapi sentiasa bersaing untuk mendapat kemenangan podium.”
EUGENE LAVERTY (BMW MOTORRAD WORLDSBK TEAM)- APA YANG DIJANGKA?
“Saya pelumba biasa, saya selalu ingin lebih masa, dan hari tambahan tetapi ia adalah beberapa hari uji yang baik. Kami telah berusaha banyak terhadap persediaan perlumbaan kerana kamu harus fokus pada 20 pusingan bukan sahaja satu dan itu telah menjadi rancangan kami. Kami masih mempunyai kerja untuk buat. Kami sentiasa harus berjuang untuk kemenangan podium kerana jentera kami mempunyai keupayaan pada trek ini kata Eugene seperti dipetik dari BMW Motorrad.
MARC BONGERS, PENGARAH BMW MOTORRAD MOTORSPORT
“Kami sudah sedia untuk pembuka musim. Selepas uji di Jerez dan Portimao kami dapat beberapa maklumat penting dan dapat meneruskan serta mengesahkan info tersebut di sini dalam keadaan baik. Kini kami perlu pilih persediaan terbaik bagi perlumbaan hujung minggu. Kelajuan Tom amat baik dan sekarang kami perlu pasti ia konsisten. Dengan Eugene kami telah mengenalpasti beberapa perkara untuk meningkatkan kelajuannya. Matlamat kami bagi pembuka musim adalah untuk bermula di barisan depan dan saya rasa kami ada peluang untuk selesai atas podium”.
SHAUN MUIR, TEAM PRINCIPAL BMW MOTORRAD WORLDSBK TEAM
“Kami mempunyai dua hari yang baik di Australia. Papa bahagian Eugene kami mendapat banyak maklumat untuk bertambah baik. Kami mempunyai keputusan puas kebanyakan dengan elektronik dan rasa dia untuk penjanaan kuasa. Itu telah menjadi fokusnya dan walaupun dia agak gembira, kami akan mengambil beberapa info pada hari Jumaat”.
“Untuk Tom pula kami mempunyai senarai panjang bagi dia uji dalam beberapa hari ini. Kami agak puas dengan di mana kami berada sekarang. Kami tidak dapat lakukan banyak simulasi lumba oleh sebab perkara uji yang luas jadi itu akan menjadi fokus hari Jumaat. Kami tahu kami boleh layak tetapi ia bukan tentang kelayakan tetapi tentang perlumbaan. Kami tahu jika kami ingin posisi podium kami perlu masa pusingan baik dan konsisten. Untuk mendapat tempat podium pada pembuka musim memang satu matlamat.”
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS