Pengeluar British baru, Arc Vehicle baru mengumumkan mereka akan mendedah motosikal pertamanya pada EICMA yang akan datang November ini.
Syarikat ini dipelopori oleh Mark Truman berdasarkan konsep yang dia reka. Truman sebelum ini adalah Ketua Jabatan Whitespace Land Rover iaitu bahagian dengan idea luar biasa dengan peluang komersial,’ seperti dipetik dari sumber. Dengan sokongan kewangan beberapa tahun dari beberapa penyokong, termasuk dana pelaburan sendiri Jaguar Land Rover, InMotion Ventures, motosikal baru itu seperti firma akan menjadi “motosikal yang paling memuaskan, paling selamat dan paling minimalis.”
Ia juga dikatakan ini adalah kafe racer elektrik pertama yang dilengkapi dengan teknologi Human Machine Interface Technology (HMI). Ia adalah teknologi haptik yang pada asasnya bermakna sarung tangan, kasut atau jaket akan mengandungi sensor dan panel reaktif yang dapat berinteraksi dengan motosikal. Sebagai contoh, topi keledar mungkin termasuk paparan kepala untuk navigasi.
Selain daripada itu, ini adalah motosikal elektrik paling premium di dunia. “Teknologi, prestasi, keselamatan dan pengalaman datang bersama dalam dua roda. Vector lebih daripada motosikal elektrik premium, ia adalah motosikal pertama di dunia dengan HMI (Human Machine Interface. Ia adalah paparan inovatif topi keledar,” kata Truman.
Penggemar yang datang ke pameran itu akan dapat menikmati pengalaman realiti maya untuk mengikuti pengalaman menunggang. Singgah lagi untuk maklumat lanjut!
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS