TRIUMPH STREET TRIPLE R BARU MEMPUNYAI GAYA AGRESIF DAN ENJIN PRESTASI TINGGI 765CC YANG PATUH EURO 5.
Barisan Street Triple telah memberi impak berkesan kepada dunia motosikal sejak pelancarannya pada 2007. Ini kerana gaya uniknya dan enjin tiga silinder pada barisan street triple. Bagi 2020, Triumph Street Triple R adalah lebih agresif, responsif dan sedia ada bagi semua penunggang.
Triumph telah mendedah Stree Triple RS spek tinggi dan Street Triple S spek rendah bagi 2020 beberapa bulan yang lalu. Namun, spek sederhana street triple R 2020 secara rasmi dilancar beberapa jam yang lalu.
Minggu lepas kami menulis tentang maklumat bocor mengenai motosikal yang sama. Kami secara ringkas menyenaraikan ciri-ciri dan spesifikasi yang boleh kita harapkan dari R. Walaubagaimanapun, kali ini kami mempunyai ciri-ciri rasmi dan gambar Street Triple R 2020 .
GAYA
Triumph Street Triple R 2020 yang dikemas kini memapar kerja badan baru seperti R dan RS. Kemas kini termasuk, fly screen baru, penapis udara, panel sisi dan bahagian belakang baru. Kesemua ciri ini memberi motosikal ini gaya yang lebih sporty.
Fly screen dan penapis udara lebih menonjol. Tambahan pula, lampu depan LED kembar baru yang memberi bahagian depan yang lebih menarik serta meningkatkan penglihatan.
Cermin dan penyenyap direka semula untuk meningkatkan gaya agresif Street Triple R. Motosikal ini datang dengan dua warna dan skema grafik baru, Sapphire Black dan Matt Silver Ice. Kedua-dua skema ini memapar decal Diablo Red dan Aluminium Silver. Terdapat juga jalur merah dicat tangan dan sub-frame merah belakang street triple menunjuk ciri-ciri terperinci dari Triumph atas R ini.
ENJIN DAN TRENKUASA
Enjin 765cc baru mengekal prestasi antarabangsa dan terkenal dunia sambil mematuh Euro 5. Enjin ini lebih responsif oleh sebab pengurangan putaran inertia sebanyak 7% yang memberi tork mid-range. Enjin Street Triple R memberi kuasa maksimum 118PS/116HP pada 12,000rpm. Bagi tork pula, motosikal ini menjana 77 Nm tork maksimum pada 9,400 rpm.
Peningkatan pada airbox dan sistem ekzos memberi bunyi yang lebih jelas sambil mengekal keseimbangan yang lancar antara bunyi pengambilan. Airbox dan ekzos membantu R baru ini mematuhi peraturan Euro 5.
Seperti spek teratas model RS, R juga mendapat kotak gear dengan gear satu dan dua yang lebih pendek. Ini memberi pecutan yang tidak ditandingi dan penukaran gear yang lebih lancar. Motosikal ini juga memapar klac jenis slipper yang meningkatkan kawalan serta ergonomik penunggang.
BREK
Bagi brek, R ini mempunyai spek tinggi dengan kaliper depan empat omboh monobloc radial Brembo M4.32. Pada bahagian belakang, terdapat kaliper omboh tunggal Brembo.
SUSPENSI
R menonjol fork omboh besar terbalik Showa 41mm dan Showa piggyback reservoir mono-shock RSU. Kedua-dua boleh dilaras untuk pramuat, compression damping dan rebound damping.
CIRI_CIRI
R kini mempunyai Triumph shift assist dengan quick shifter sebagai asas. Ini membolehkan penukaran gear dengan lebih cepat, selesa dan lancar tanpa mengguna klac sambil mengekal posisi pecutan.
Terdapat tiga mod tunggang pada motosikal ini – Road, Rain dan Sport, ini memastikan kawalan sepenuhnya dalam semua keadaan. ECU menghalang kuasa maksimum kepada 100ps / 98.6hp untuk perjalanan lebih lancar. R juga mempunyai ride-by-wire, kawalan traction dan ABS. Seting pendikit boleh dilaras dan kawalan traction boleh diakses dengan mudah melalui instrumen kluster LCD R sambil dalam perjalanan.
VERSI LOW RIDE HEIGHT (LRH)
Terdapat versi Low Ride Height (LRH) bagi Street Triple R baru dimana tinggi tempat duduk adalah 780mm. Ia 45mm lebih rendah dari R asas. Ini kerana Triumph telah memasang persediaan suspensi khas dan pembinaan tempat duduk yang telah diubahsuai.
Kesimpulannya, Street Triple R 2020 baru kini lebih sesuai untuk ramai penunggang dengan tahap spesifikasi yang sangat berpatutan.
HARGA
Buat setakat ini, harga Street Triple R masih tidak diketahui. Menurut beberapa sumber, Street Triple R 2020 akan mempunyai harga $2050 (RM8,480) lebih kurang daripada Street Triple RS 2020 yang mempunyai RM68,000 yang bermakna R adalah satu motosikal yang berbaloi.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS