SELEPAS PAULO GONÇALVES MENINGGAL DUNIA, PERINGKAT 8 RALI DAKAR TIDAK AKAN DISAMBUNG.
Peringkat lapan rali Dakar 2020 telah dibatalkan sebagai tanda hormat kepada pelumba Paulo Gonvales. Kemalangan tragis semalam mengambil nyawa Gonçalves. Oleh kerana itu, organisasi telah memutuskan untuk membatalkan pusingan tersebut.
Paulo Gonçalves (5/2/1979 – 12/1/2020) mengalami kemalangan pada kilometer 276 pada peringkat tujuh rali Dakar 2020. Dia berumur 40 tahun. Pelumba Portugis ini adalah pelumba bagi Honda HRC, pasukan Monster Energy Honda dari pertengahan 2013 hingga pertengahan 2019. Antara kejayaan terbesar Goncalves termasuk memenangi kejuaraan FIM Cross-Country Rallies World Championship pada 2013. Dia mendapat tempat kedua pada 2014.
Pasukan Monster Energy Honda dan seluruh keluarga Honda telah menyatakan penghargaan mereka bagi ucapan takziah dari para peminat sukan ini. iMotorbike juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Goncalves.
YOSHISHIGE NOMURA (PRESIDEN HRC)
“Saya terkejut dan sangat sedih dengan berita Paulo Goncalves telah meninggal dunia. Paulo menyertai pada musim 2013, tahun yang Honda kembali ke Dakar. Dia telah main peranan penting dalam meningkatkan daya saing motosikal. Keperibadiannya yang mesra dan murni menjadikannya sebagai daya penggerak pasukan, dan peminat motorsports seluruh dunia. HRC menghargai pencapaian Paulo dan sumbangannya yang tidak terukur sebagai penunggang Honda. HRC meluahkan takziah yang paling mendalam kepada keluarga dan rakan-rakannya,” kata Yoshishige seperti dipetik dari Honda Racing Corporation.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS