LITAR SEPANG DILANDA HUJAN LEBAT TETAPI PARA PELUMBA MASIH MEMBERI PRESTASI MENGAGUMKAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT KETIGA.
BMW Motorrad World Endurance Team telah menjamin podium kedua mereka untuk FIM Endurance World Championship (FIM EWC) di Sepang, Malaysia. Para pelumba, Ilya Mikhalchik dan Markus Reiterberger mendapat tempat ketiga dalam Sepang 8 Hours di Malaysia dengan #37 BMW S 1000 RR. Hujan lebat melanda perlumbaan hari Sabtu di Sepang International Circuit yang membawa perlumbaan dari 8 jam ke 3 jam. Pasukan ini kini berada di tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan.
Mikhalchik dan Reiterberger bergilir-gilir atas #37 RR. Rakan sepasukan Kenny Foray cedera semasa sesi latihan hari Rabu. Dia tidak dapat mengambil bahagian dalam baki perlumbaan hujung minggu.
Pusingan ketiga FIM EWC 2019/20, perlumbaan ikonik Le Mans 24 Jam dijadualkan pada 18 dan 19 April 2020.
MARC BONGERS, PENGARAH BMW MOTORRAD MOTORSPORT
“Podium kedua dalam perlumbaan kedua kami di FIM EWC – ini adalah satu keputusan hebat bagi pasukan BMW Motorrad World Endurance. Kami tidak sangka hasil ini sebagai pelumba baru dalam Kejuaraan Dunia yang sangat kompetitif. Pasukan serta pelumba kami, Ilya dan Markus tidak terganggu oleh keadaan buruk,” kata Bongers seperti dipetik dari BMW Motorrad.
“Mereka telah memberi satu lagi prestasi yang sempurna dan mengagumkan atas litar. Kami memang ingin dapat lebih pengalaman dengan keadaan perlumbaan atas RR kami, tetapi ia mustahil dengan cuaca ini. Kini kami akan terus fokus terhadap persediaan kami bagi Le Mans 24 Jam. Tahniah kepada pasukan BMW kami yang mendapat keputusan yang kuat dengan RR mereka.”
WERNER DAEMEN, PENGURUS PASUKAN BMW MOTORRAD WORLD ENDURANCE TEAM
“Saya adalah satu pengurus pasukan yang sangat bangga hari ini. Ia sedih Kenny tidak dapat mengambil bahagian, tetapi Ilya dan Markus memberi satu prestasi hebat. Keadaan atas litar basah sangat bahaya dan keseluruhan hari agak mencabar. Kini kami berharap untuk satu lagi keputusan sama pada perlumbaan seterusnya di Le Mans.”
ILYA MIKHALCHIK (BMW MOTORRAD WORLD ENDURANCE TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU
“Pertama sekali saya ingin mengatakan semoga cepat sembuh kepada ketiga kami, Kenny, yang malangnya cedera dalam latihan, dan saya harap kami akan kembali bersama tidak lama lagi kerana ia adalah sukan pasukan dan penting untuk mempunyai seluruh pasukan bersama. Saya sangat gembira dengan perlumbaan. Kami telah bertahan dalam semua keadaan.”
“Pada permulaan perlumbaan, terdapat banyak air atas litar dan saya rasa kebanyakan kami agak risau tentang keadaan itu. Tetapi semua orang menyesuaikan diri dan walaupun ia agak mencabar ia bertambah baik pada setiap pusingan. Kami tidak mempunyai kelajuan seperti pemenang tetapi kami agak konsisten pada setiap pusingan dan itu amat penting. Saya mampu menolak lagi tetapi tidak mahu mengambil risiko dan strategi kami adalah untuk menunggang secara konsisten. Kami gembira untuk berada atas podium. Terima kasih kepada pasukan saya. Kami telah lakukan ini bersama”.
MARKUS REITERBERGER (BMW MOTORRAD WORLD ENDURANCE TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU
“Saya sangat gembira untuk pulang ke perlumbaan endurance. Memang malang Kenny tidak dapat menyertai perlumbaan ini. Kami terpaksa menghadapi perlumbaan hari ini dengan dua pelumba. Akhirnya ia menjadi tiga jam sahaja. Kami telah tentukan untuk Ilya sebagai pelumba pertama dan dia telah lakukan kerja yang hebat. Saya bangga dengan keputusan sesi kelayakan dan perlumbaan. Saya masih perlu menyesuai diri dengan tayar Dunlop kerana mereka agak baru kepada saya tetapi pasukan telah buat kerja baik dan saya rasa agak yakin atas jentera. Kelajuan saya tidak begitu pantas tetapi ia lebih penting saya tidak mengalami kemalangan dan membawa pulang keputusan.”
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS