PENGILANG JERMAN TELAH MEREKA SATU SISTEM UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI ENJIN. BMW MOTORRAD MENYERAH PATEN BAGI SUPERCHARGER ELEKTRIK UNTUK MOTOSIKAL.
Peraturan emisi baru menjadi semakin ketat. Tidak lama lagi, semua pengeluar besar perlu membangun enjin yang lebih mesra alam. Walaupun ramai mungkin lihat enjin elektrik penuh sebagai satu pilihan, terdapat sebahagian daripada mereka seperti BMW Motorrad yang sedang berusaha untuk memastikan enjin pembakaran dalaman (ICE) masih berterusan.
Pengeluar yang berpusat di Munich telah membina satu sistem force induction baru untuk meningkat prestasi enjin. BMW Motorrad ingin meneruskan penggunaan enjin pembakaran dalaman dengan bantuan dari supercharger elektrik.
Bukan seperti turbocharger (yang memakai gas ekzos) atau supercharger mechanically-driven (yang mengguna kuasa enjin), supercharger elektrik bergantung pada enjin elektrik kecil berkuasa yang dikuasakan oleh bateri yang boleh dicas semula. Melalui cara ini, enjin akan mendapat kuasa yang diperlukan.
DENGAN MEMAKAI BATERI SPESIFIK UNTUK MENGUASAKAN SUPERCHARGER ELEKTRIK BERMAKNA BMW PERLU MENCARI SATU SOLUSI UNTUK MENGECAS BATERI TERSEBUT. SALAH SATU CARA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN ADALAH DENGAN MENGECAS BATERI APABILA MOTOSIKAL INI BERGERAK DAN SUPERCHARGER TIDAK DIGUNAKAN. DENGAN INI BATERI ITU SENTIASA DICAS DAN SEDIA DIGUNAKAN.
Apa yang BMW Motorrad ingin mencapai adalah satu cara supaya sistem ini boleh berfungsi pada motosikal. Kereta F1 sudah lama mengguna teknologi ini. Tetapi pada motosikal, tidak ada banyak ruang yang tersedia dan dinamik motosikal memerlukan algoritma khas untuk mengawal supercharger elektrik.
Apa yang BMW Motorrad ingin mencapai adalah satu cara supaya sistem ini boleh berfungsi pada motosikal. Kereta F1 sudah lama mengguna teknologi ini. Tetapi pada motosikal, tidak ada banyak ruang yang tersedia dan dinamik motosikal memerlukan algoritma khas untuk mengawal supercharger elektrik.
Pada fail paten, BMW Motorrad mengguna S1000RR sebagai salah satu contoh. Tetapi ia harus menjadi sangat mudah bagi mereka untuk menerapkan sistem ini kepada model lain.
Walaupun begitu banyak pengeluar lain cuba untuk enjin elektrik penuh, adakah BMW Motorrad benar-benar merancang untuk membuat motosikal dengan enjin pembakaran dalaman dan supercharger elektrik?
Beberapa tahun yang lalu, pengeluar Jerman ini mengejutkan seluruh dunia dengan konsep rangka karbon fiber. Ramai berpendapat bahawa motosikal pengeluaran tidak dapat mengguna rangka seperti berikut. Namun, BMW Motorrad membuktikan bahawa ia boleh dilakukan dengan Hp4 Race. Adakah perkara yang sama akan berlaku dengan supercharger elektrik?
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS