Industri automotif sentiasa berkembang dan teknologi autonomi pastinya menarik banyak perhatian kepada pengeluar kereta seperti Audi, Tesla dan Mercedes-Benz. Sektor dua roda juga telah menyertai bandwagon dengan penyertaan Yamaha, Honda dan Ducati. Kali ini, BMW Motorrad mengambil peluang untuk meneroka sektor teknologi ini dengan konsep self-riding yang baru bernama “ConnectedRide” dengan tujuan untuk meningkatkan keselamatan penunggang.
Konsep ini berdasarkan BMW R 1200 GS yang boleh memecut, masuk simpang tanpa penunggang. Konsep ini dipamerkan kepada sekumpulan wartawan di lapangan pengujian BMW Group di Miramas, Perancis.
Kebanyakan maklumat mengenai teknologi ini masih belum didedahkan tetapi ada spekulasi bahawa prototaip ini menggunakan motor actuator stereng manakala throttle, klac dan input gear semua datang dengan sensor.
Menurut beberapa sumber, teknologi self-riding dapat membantu dengan pembangunan sistem keselamatan pasif seperti lane keeping assist, kawalan cruise adaptif dan brek kecemasan autonomi. Tidak syak lagi bahawa dengan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat, BMW Motorrad telah melakukan kerja yang hebat dalam membuktikan bahawa motosikal memang mampu menjadi selamat.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS