Sebuah motosikal midsized nampaknya bakal tiba dari Husqvarna apabila beberapa gambar pengintip dilihat, seperti yang diperolehi oleh MCN. Dikenali dengan motosikal off-road yang mengagumkan, jenama ini juga bintang pada kategori middleweight dan kebawah.
Motosikal ini dilihat baru-baru ini dalam satu ujian dan dijangka masih dalam pembangunan sehingga EICMA tahun depan. Motosikal ini seolah menyerupai generasi 701 dengan lampu depan, lampu belakang dan lampu isyarat membelok. Konsol instrumen TFT pelbagai fungsi serta underpinnings diambil dari beberapa bahagian KTM 790 Adventure.
Husky ADV ini bakal mempunyai enjin yang sama seperti 790 Duke, iaitu enjin berkembar selari yang disejukkan cecair berkapasiti 799cc yang mampu menjana 95PS dan 86Nm.
Swingarm, tayar dan brek bakal diambil dari Austrian ADV. Ia merangkumi tayar block-pattern yang sesuai untuk penggunaan off-road. Fork pada motosikal ini mempunyai knob penyesuaian serta preload boleh laras untuk monoshock belakang. Kerusi untuk penumpang lebih nipis tetapi dikompensasi dengan kusyen yang berlebihan.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS