Perlumbaan MotoGP buat julung kalinya di Thailand merupakan suatu saat yang penting bagi Hafizh Syahrin apabila beliau berjaya menyeberangi garisan penamat sebagai top rookie pada kedudukan ke-12.
Selepas perlumbaan yang sengit untuk team Yamaha Monster Tech3, di mana prototaip Yamaha menunjuk prestasi yang kurang memuaskan berbanding motosikal yang lain, tetapi, pelumba Malaysia itu juga tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi pada separuh pertama pada musim 2018. Di Buriram pula, Syahrin berjaya memperolehi mata yang penting terhadap pesaing utamanya dalam perjalanan untuk menjadi Top Rookie dalam MotoGP.
Hafizh Syahrin kini hanya 5 mata di belakang Franco Morbidelli, dan dengan 4 perlumbaan lagi sehingga penghujung musim ini, keputusan ini mungkin dapat membantu Syahrin untuk menjadi rookie MotoGP 2018 yang terbaik.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS