• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

FIM MiniGP Malaysia 2025 Pusingan 3 Kembali ke Tangkak

FIM MiniGP Malaysia 2025 Pusingan 3 Kembali ke Tangkak
Hazique Zairill
Julai 22, 2025

Aksi pelumba cilik dan program Rakan Muda bakal hangatkan hujung minggu di Litar Lumba Tangkak pada 26 & 27 Julai ini.

FIM MiniGP Malaysia 2025

Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 2025 kini memasuki separuh musim dengan pusingan ketiga bakal berlangsung di Litar Lumba Tangkak pada 26 dan 27 Julai 2025. Litar ini yang sinonim dengan selekoh berkelajuan tinggi dijangka memberikan cabaran sengit kepada para pelumba dari segi keberanian dan kecekapan kawalan jentera.

Selain saingan utama FIM MiniGP Malaysia dan SIC Ohvale Junior Championship yang telah berlangsung sejak 2021, RCB MiniMoto Championship akan tampil buat pertama kalinya di Tangkak selepas debutnya di Litar Antarabangsa Kart Sepang. Kategori ini menarik perhatian kerana menampilkan pelumba muda berumur antara 6 hingga 9 tahun, membuka peluang pendedahan awal kepada dunia perlumbaan profesional.

FIM MiniGP Malaysia 2025
Sources: FIM MiniGP Malaysia / Facebook

Untuk kategori FIM MiniGP 190, seramai 10 pelumba Malaysia akan bersaing, manakala FIM MiniGP 160 menyaksikan penyertaan 16 pelumba, terdiri daripada 13 pelumba Malaysia, seorang dari Australia, dan dua dari Indonesia. Kategori SIC Ohvale Junior Championship pula disertai oleh 13 pelumba, termasuk 11 dari Malaysia, serta masing-masing seorang dari Indonesia dan Singapura.

RCB MiniMoto Championship juga dijangka sengit dengan 15 pelumba Malaysia akan bersaing. Namun, salah satu bintang muda, Wan Adra Mikayla, tidak akan beraksi minggu ini kerana telah melepasi had umur ditetapkan. Mikayla sebelum ini mencuri tumpuan di pusingan kedua di Horizon Beranang Circuit selepas memenangi Race 1.

Lebih menarik, program Rakan Muda | Motoclinic: Ride, Learn & Discover turut diadakan sempena perlumbaan minggu ini. Program ini terbuka kepada orang awam dan memberi peluang kepada peserta mempelajari asas dunia perlumbaan, teknik tunggangan selamat, serta mencuba sendiri motosikal di litar di bawah bimbingan pelumba profesional.

FIM MiniGP Malaysia 2025

Zulfahmi Khairuddin, Pengarah Kejohanan FIM MiniGP Malaysia berkata: “Selepas hampir dua bulan berehat, saya percaya ramai pelumba telah memanfaatkan masa ini untuk berlatih di Litar Lumba Tangkak. Apa yang membanggakan, ia adalah inisiatif sendiri dengan sokongan penuh ibu bapa. Saya sangat teruja untuk melihat aksi minggu ini, dan amat menghargai usaha pihak litar serta semua yang bertungkus-lumus dalam persiapan.”

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri bakal bintang dunia perlumbaan beraksi di Tangkak hujung minggu ini!

FIM MiniGP Malaysia 2025

Related Items2025baruberitafimmalaysiaminigpmotogpnewnewsTangkakUtamaZulfahmi Khairuddin
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Julai 22, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitafimmalaysiaminigpmotogpnewnewsTangkakUtamaZulfahmi Khairuddin

More in Berita

Lane Splitting di Malaysia: Solusi Trafik atau Risiko Kemalangan?

Amzar HazeeqMac 27, 2026
Read More

Harga Minyak Naik: Adakah Sekarang Masa Terbaik untuk Guna Motor?

Amzar HazeeqMac 27, 2026
Read More

Kerajaan Rancang Turun Kuota RON95 Bersubsidi Kepada 200 Liter Sebulan

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More

Harga Petrol Malaysia: RON95 Kekal RM1.99 Di Bawah BUDI MADANI

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More

Renew Insurans Motosikal Tanpa Stres: Panduan Lengkap Elak Kesilapan & Claim Ditolak

Amzar HazeeqMac 26, 2026
Read More

Hanway Malaysia Lancar Cruiser Retro BOB250

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More

Hakim Danish Kejar Momentum Positif di COTA Selepas Prestasi Cemerlang Di Brazil

Amzar HazeeqMac 25, 2026
Read More

Nampak Kecil, Tapi Bahaya: Masalah Motor Yang Ramai Rider Abaikan

Amzar HazeeqMac 24, 2026
Read More

Motor Zaman Sekarang: Bagaimana Elektronik Mengubah Cara Menunggang

Amzar HazeeqMac 24, 2026
Read More

Rider Wajib Tahu: Perkara Kecil Yang Sering Dilupakan Sebelum Menunggang

Amzar HazeeqMac 24, 2026
Read More

Top 5 Selekoh Beracun di Malaysia 2026

Amzar HazeeqMac 24, 2026
Read More

Motor Rosak Tengah Jalan? Ini Apa Yang Perlu Anda Buat

Hazique ZairillMac 19, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S
    BeritaMac 18, 2026
  • Rancang Perjalanan Balik Raya 2026: Tips ‘Safe Ride’ & ‘Safe Drive’ Sampai Ke Kampung!
    BeritaMac 18, 2026
  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • Jual Motor Dengan Kami Di iMotorbike!
    BeritaMac 17, 2026
  • Beli Motor dengan Kami di iMotorbike! 
    BeritaMac 17, 2026
  • Motosikal Moden Lebih Susah Diselenggara? Ini Jawapan Sebenar
    BeritaMac 17, 2026
  • Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit
    BeritaMac 16, 2026
  • Lane Splitting di Malaysia: Solusi Trafik atau Risiko Kemalangan?
    BeritaMac 27, 2026
  • Harga Minyak Naik: Adakah Sekarang Masa Terbaik untuk Guna Motor?
    BeritaMac 27, 2026
  • Kerajaan Rancang Turun Kuota RON95 Bersubsidi Kepada 200 Liter Sebulan
    BeritaMac 26, 2026
  • Harga Petrol Malaysia: RON95 Kekal RM1.99 Di Bawah BUDI MADANI
    BeritaMac 26, 2026
  • Renew Insurans Motosikal Tanpa Stres: Panduan Lengkap Elak Kesilapan & Claim Ditolak
    BeritaMac 26, 2026
  • Hanway Malaysia Lancar Cruiser Retro BOB250
    BeritaMac 26, 2026
  • Hakim Danish Kejar Momentum Positif di COTA Selepas Prestasi Cemerlang Di Brazil
    BeritaMac 25, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

3 Motosikal 250cc Sesuai Untuk Daily Use 
Yamaha LC135Fi Terima Coverset Edisi Terhad Berinspirasikan Jentera Perlumbaan
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat