Nikmati pengalaman Ramadan yang lebih bermakna dengan suasana ibadah yang tenang, bacaan imam yang menyentuh hati serta kemudahan selesa, sesuai untuk keluarga, komuniti setempat dan juga rider yang mencari destinasi Terawih terbaik tahun ini.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Ramadan sentiasa hadir dengan suasana yang sukar digambarkan. Waktu malam menjadi lebih hidup, masjid-masjid dipenuhi jemaah, dan komuniti kembali bersatu dalam ibadah. Solat Isyak dan Terawih bukan sekadar rutin tahunan, tetapi pengalaman spiritual yang dinanti setiap kali tibanya bulan penuh keberkatan ini.
Di Malaysia, terdapat beberapa masjid yang saban tahun menjadi tumpuan kerana keunikan seni bina, kapasiti jemaah yang besar, bacaan imam yang berkualiti serta kemudahan yang selesa. Bagi sesetengah individu, termasuk komuniti rider, Ramadan juga menjadi masa untuk melakukan night ride santai sebelum singgah menunaikan Terawih. Berikut adalah lima masjid terbaik yang boleh anda masukkan dalam list “Masjid Hunting” korang untuk Ramadan tahun 2026.

1. Masjid Sri Sendayan
Masjid Sri Sendayan sering menjadi sebutan kerana reka bentuknya yang diinspirasikan daripada seni bina Timur Tengah. Struktur bangunannya yang megah dan kemasan dalaman yang terperinci menjadikannya antara masjid paling fotogenik di Malaysia.
Ketika Ramadan, ruang solatnya yang luas membolehkan ribuan jemaah untuk menunaikan solat terawih dengan selesa. Pengurusan jemaah yang hadir untuk solat terawih sangat sistematik dan memudahkan para jemaah. Bacaan imam yang tartil dan jelas menambahkan lagi kekhusyukan suasana malam yang sudah pun tenang di kawasan sekitar masjid tersebut.
Lokasi masjid ini jauh sikit dari pusat bandar menjadikannya destinasi ideal untuk rider-rider yang ingin melakukan short convoy ride dari Lembah Klang atau Melaka. Kawasan parkir yang luas juga memudahkan kehadiran kumpulan motosikal tanpa mengganggu laluan utama.

2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Lebih dikenali sebagai Masjid Biru Shah Alam atau Masjid Shah Alam, ia merupakan antara masjid yang terbesar di Asia Tenggara dan merupakan ikon serta tourist attraction di negeri Selangor. Setiap malam Ramadan, terutamanya pada 10 malam terakhir, masjid ini akan dipenuhi ribuan jemaah yang datang dari pelbagai tempat.
Sistem audionya yang berkualiti memastikan bacaan imam dapat didengar dengan jelas walaupun ketika di bahagian luar dewan solat. Ruangan solatnya sangat luas jadi para jemaah dapat melaksanakn solat terawih dengan selesa tanpa perlu bersempit-sempit. Masjid ni juga ada kemudahan lengkap termasuk kawasan wuduk yang besar jadi tidak perlu berebut untuk ambil wuduk.
Masjid ini terletak di lokasi yang strategik dengan jaringan jalan raya yang baik, masjid ini sering menjadi port persinggahan para rider sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur untuk night ride Ramadan sebelum menunaikan solat berjemaah.

3. Masjid Kampung Raja Uda
Masjid ini terkenal dengan suasana komuniti yang kuat dan penglibatan aktif penduduk setempat sepanjang Ramadan. Kuliah ringkas sebelum Terawih yang sering diadakan mampu untuk menjadikan pengalaman ibadah di masjid ini lebih bermakna.
Walaupun tidak sebesar masjid negeri, suasananya lebih dekat dan harmoni, dan seba itu masjid ini tidak terlalu sesak seperti masjid ikonik lain. Sistem pengurusan jemaahnya juga sangat tersusun dan memudahkan para jemaah.
Untuk para rider di sekitar Klang, ini antara lokasi yang paling praktikal untuk singgah selepas berbuka. Short ride dalam bandar sudah memadai untuk menikmati suasana Ramadan tanpa perlu untuk plan dan melakukan perjalanan yang terlalu jauh.

4. Masjid Putra
Terletak di sebelah Tasik Putrajaya, masjid ini mampu untuk menawarkan pengalaman terawih yang unik dengan pemandangan malam yang indah dan tenang. Pantulan cahaya masjid di permukaan tasik mampu untuk menciptakan suasana yang cukup damai.
Kawasan sekitarnya yang terancang menjadikan pergerakan jemaah lebih tenang dan teratur. Ruang solatnya juga luas jadi jemaah mampu untuk melakukan solat terawih dengan selesa. Akses untuk ke masjid ini juga mudah dan terdapat parking yang telah disediakan untuk kemudahan jemaah.
Bagi komuniti rider, Putrajaya sering menjadi pilihan untuk night ride santai kerana jalannya yang luas dan trafik yang lebih lancar pada waktu malam. Masjid Putra boleh dijadikan destinasi persinggahan yang bermakna, bukan sekadar lokasi bergambar, tetapi tempat untuk mengakhiri perjalanan dengan solat berjemaah dalam suasana yang damai.

5. Masjid Diraja Sultan Suleiman
Masjid bersejarah ini mempunyai seni bina klasik yang unik dan nilai warisan yang tinggi di Klang. Berbanding masjid moden yang besar, suasana di sini lebih sederhana dan tenang. Solat Terawih terasa lebih fokus dan khusyuk, sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencari pengalaman ibadah yang lebih mendalam.
Suasana di sekitar masjid ini selalunya tidak terlalu sesak jadi tidak perlu risau nak kena tempuh jem kelaur daripada masjid. Masjid ini ada aura sejarah yang mampu untuk memberi pengalaman yang berbeza untuk setiap pengunjung yang datang. Lokasi masjid ini yang terletak di bandar juga membuatkan masjid ini senang untuk diakses. Ini sangat memudakan para rider yang ingin singgah tanpa perlu
Bagi komuniti rider sekitar Klang, masjid ini sesuai untuk weekday Ramadan ride yang lebih santai. Jarak yang tidak terlalu jauh membolehkan penunggang singgah tanpa perlu menempuh perjalanan panjang, sambil menikmati suasana klasik yang berbeza daripada masjid moden.
Ramadan 2026: Gabungan Ibadah dan Perjalanan
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Ramadan bukan sahaja tentang ibadah individu, tetapi juga pengalaman komuniti. Ada yang hadir bersama keluarga, ada yang berkumpul bersama rakan-rakan, dan ada juga yang menjadikan perjalanan ke masjid sebagai sebahagian daripada rutin malam.
Bagi komuniti rider khususnya, Ramadan Ride boleh menjadi aktiviti yang lebih bermakna. Bukan sekadar konvoi biasa, tetapi perjalanan yang diakhiri dengan solat berjemaah. Namun, adab tetap perlu dijaga:
- Elakkan bunyi ekzos berlebihan di kawasan masjid
- Parking secara berhemah
- Hormati suasana ibadah
Penutup
Setiap masjid mempunyai keistimewaan tersendiri. Sama ada anda mencari kemegahan seni bina, kapasiti jemaah yang besar, suasana komuniti yang erat atau pengalaman yang lebih tenang, lima masjid ini menawarkan antara pengalaman Terawih terbaik untuk Ramadan 2026.
Apa pun pilihan anda, yang paling penting adalah kekhusyukan dan keikhlasan dalam beribadah, kerana pada akhirnya, Ramadan adalah perjalanan rohani yang lebih penting daripada destinasi itu sendiri.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS