• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

ZK Racing Lancar Platform Untuk Bakat Muda Sukan Bermotor

ZK Racing Lancar Platform Untuk Bakat Muda Sukan Bermotor
Hazique Zairill
Mac 11, 2025

Minimoto National Championship 2025 anjuran ZK Racing memberi peluang dan mencungkl bakat muda suka permotoran.

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini!

Kelab Sukan Bermotor ZK Racing akan menganjurkan Minimoto National Championship pada 26 April 2025, sebuah perlumbaan sokongan kepada FIM MiniGP Malaysia. Acara ini akan berlangsung di litar dan tarikh yang sama dengan FIM MiniGP Malaysia, menjadikannya platform terbaik untuk mencungkil bakat muda dalam sukan bermotor.

Perlumbaan ini menggunakan format “One Make Series”, di mana setiap pelumba akan dibekalkan jentera lumba Polini 910 Carena RS Air Cooled 4.2hp oleh pihak penganjur. Enjin dikawal sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang modifikasi, memastikan persaingan yang adil dan saksama.

Perlumbaan ini terbuka kepada pelumba berumur 6 hingga 9 tahun (kelahiran 2019 hingga 2016), dengan satu kategori sahaja dan slot terhad kepada 18 pelumba. Tiga pelumba terbaik berdasarkan pungutan mata keseluruhan akan menerima tajaan ke SIC Ohvale Junior Championship pada tahun hadapan.

All Pix by ZK Racing

Yuran penyertaan masih belum ditetapkan dan akan dimaklumkan semasa Sesi Pemilihan yang dijadualkan pada 12 April 2025. Namun, setiap pelumba diwajibkan membeli Racing Suit, Sarung Tangan, Kasut, dan Helmet daripada Kelab Sukan Bermotor ZK bagi memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian keselamatan. Perlumbaan ini akan menggunakan litar Go-Kart penuh, sama seperti FIM MiniGP Malaysia.

Kejohanan ini bukan sekadar perlumbaan, tetapi satu langkah penting dalam memupuk bakat muda dalam sukan bermotor. Ia juga menjadi kesinambungan kepada FIM MiniGP Malaysia serta pelbagai acara perlumbaan lain di Malaysia. Dengan platform ini, diharapkan lebih banyak bakat muda dapat ditempa dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Pendaftaran atas talian akan dibuka tidak lama lagi, dijangka sebelum Hari Raya Aidilfitri. Semasa pendaftaran, pelumba akan menerima maklumat lengkap mengenai yuran serta keperluan lain. Untuk maklumat lanjut, ikuti kemas kini daripada Kelab Sukan Bermotor ZK. 

Related Items2025baruberitamalaysiaMinimoto National Championship 2025Utama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Mac 11, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitamalaysiaMinimoto National Championship 2025Utama

More in Berita

6 Motosikal 500cc Terbaik di Malaysia – Gabungan Kuasa, Gaya dan Keselesaan

Amzar HazeeqOktober 8, 2025
Read More

6 Motor Touring Honda Terbaik di Malaysia – Teman Sempurna untuk Pengembaraan Jauh

Amzar HazeeqOktober 8, 2025
Read More

6 Helmet Motorsikal Terbaik Untuk Kegunaan Harian & Ride Jauh

Amzar HazeeqOktober 7, 2025
Read More

Ride Sambil Cuci Mata: 4 Tempat Best Untuk Biker Jelajah Penang

Amzar HazeeqOktober 6, 2025
Read More

6 Motor 250cc Terbaik & Termurah di Malaysia – Sesuai Untuk Rider Baru!

Amzar HazeeqOktober 6, 2025
Read More

5 Skuter Terbaik di iMotorbike Penang Untuk Harian dan Kesesakan Jalan

Amzar HazeeqOktober 3, 2025
Read More

Senarai Motor 150cc Terlaju di Malaysia – Pilihan Terbaik Untuk Kelajuan & Gaya

Amzar HazeeqOktober 3, 2025
Read More

6 Motosikal Sesuai Untuk Perjalanan Pergi Balik Kerja di iMotorbike Penang

Amzar HazeeqOktober 3, 2025
Read More

6 Motorsikal 125cc Terbaik di Malaysia – Pilihan Terbaik Untuk Harian Anda

Amzar HazeeqOktober 3, 2025
Read More

6 Motor Touring Yamaha Terbaik – Pilihan Rider Malaysia Untuk Kuasa & Keselesaan

Amzar HazeeqOktober 3, 2025
Read More

6 Skuter Terbaik 150cc di Malaysia: Pilihan Popular untuk Gaya Hidup Moden

Amzar HazeeqOktober 2, 2025
Read More

5 Motosikal 150cc Terbaik di Malaysia: Sporty, Berkuasa & Mesra Dompet

Amzar HazeeqOktober 1, 2025
Read More
We want to buy your bike Join us on Telegram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Senarai Motor 150cc Terlaju di Malaysia – Pilihan Terbaik Untuk Kelajuan & Gaya
    BeritaOktober 3, 2025
  • 5 Skuter Terbaik di iMotorbike Penang Untuk Harian dan Kesesakan Jalan
    BeritaOktober 3, 2025
  • 6 Motorsikal 125cc Terbaik di Malaysia – Pilihan Terbaik Untuk Harian Anda
    BeritaOktober 3, 2025
  • 6 Skuter Terbaik 150cc di Malaysia: Pilihan Popular untuk Gaya Hidup Moden
    BeritaOktober 2, 2025
  • 6 Motosikal Sesuai Untuk Perjalanan Pergi Balik Kerja di iMotorbike Penang
    BeritaOktober 3, 2025
  • 5 Motosikal 150cc Terbaik di Malaysia: Sporty, Berkuasa & Mesra Dompet
    BeritaOktober 1, 2025
  • 6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam – Pilihan Bergaya & Berbaloi
    BeritaSeptember 25, 2025
  • 6 Motosikal 500cc Terbaik di Malaysia – Gabungan Kuasa, Gaya dan Keselesaan
    BeritaOktober 8, 2025
  • 6 Motor Touring Honda Terbaik di Malaysia – Teman Sempurna untuk Pengembaraan Jauh
    BeritaOktober 8, 2025
  • 6 Helmet Motorsikal Terbaik Untuk Kegunaan Harian & Ride Jauh
    BeritaOktober 7, 2025
  • Ride Sambil Cuci Mata: 4 Tempat Best Untuk Biker Jelajah Penang
    BeritaOktober 6, 2025
  • 6 Motor 250cc Terbaik & Termurah di Malaysia – Sesuai Untuk Rider Baru!
    BeritaOktober 6, 2025
  • 5 Skuter Terbaik di iMotorbike Penang Untuk Harian dan Kesesakan Jalan
    BeritaOktober 3, 2025
  • Senarai Motor 150cc Terlaju di Malaysia – Pilihan Terbaik Untuk Kelajuan & Gaya
    BeritaOktober 3, 2025
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Kategori

  • Berita
    • Locals
    • MotoGP
    • Scoop
    • SEO
  • cafe racer malaysia murah
  • Gaya Hidup
    • Event
    • Konsep & Kustom
    • Pengembaraan
    • Petua & Cerita
    • Sukan Motor
  • Industry
  • Kedai Motor
  • Lokal
  • MotoGP
  • Motor Murah
  • Panduan Pembeli
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Review
  • Tips & Tricks

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha Y16ZR: Kapcai Paling Premium di Malaysia!
Yamaha R15: Sporty, Power, Tapi Mesra Bajet!
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat