ROYAL ENFIELD MEMPERKENALKAN SUPER METEOR 650 TERBARU DALAM ART OF SPEED 2023 YANG KINI DIBUKA UNTUK PRA-TEMPAHAN.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Royal Enfield Malaysia memperkenalkan Royal Enfield Super Meteor 650 buat pertama kali semasa hari pembukaan Art Of Speed 2023 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.
Super Meteor 650 akan dilancarkan untuk pasaran di bawah RM40k dengan pra-tempahan tersedia.
Menurut sumber, Royal Enfield Malaysia telah pun menerima tempahan yang banyak. Peningkatan tempahan terus mengukuhkan populariti model Royal Enfield di Malaysia.
Untuk rekod, Super Meteor 650 adalah motosikal serba baharu oleh Royal Enfield dan didatangkan dengan beberapa ciri moden.
Super Meteor 650 ialah model 650cc pertama yang menampilkan lampu LED dan fork jenis USD (terbalik/bawah).
Walaupun didatangkan dengan enjin kembar selari 650cc yang sama pada Continental GT 650 dan Interceptor, keseluruhan komponen dan peralatan pada Super Meteor 650 adalah serba baharu termasuk casis dan swingarm.
Super Meteor 650 menawarkan 46.4hp pada 7,250rpm dan 52.3Nm pada 5,650rpm. Untuk pasaran tempatan, model itu akan didatangkan dengan dua varian iaitu Standard dan Tourer. Setiap varian akan menampilkan kombinasi warna yang berbeza.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS