KHAIRUL IDHAM PAWI AKA KIP MENGUMUMKAN PERSARAANNYA DARI SUKAN PERMOTORAN.
Pada awal Oktober, PETRONAS SRT mengumumkan bahawa Khairul Idham Pawi akan meninggalkan pasukan pada akhir musim 2020 dan pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder akan menggantikan KIP pada tahun 2021.
Dengan tamatnya musim 2020, Khairul Idham Pawi mengumumkan persaraannya dari sukan permotoran. KIP mengatakan mulai sekarang dia akan menumpukan perhatian untuk menolong keluarganya dan dia telah berfikir panjang dan bersungguh-sungguh sebelum mengambil keputusan ini.
“Apabila saya melihat beberapa perkara yang saya rasa tidak akan boleh meningkat, saya berfikir untuk bersara.
“Kerana apa yang memainkan peranan sebenarnya adalah orang di sekeliling kita.
“Saya cuba untuk membantu ayah dan keluarga saya. Saya mahu membantu mereka”
“Sekarang saya mahu melupakan perlumbaan dan melakukan perkara yang boleh membuatkan saya gembira.
“Pada masa yang sama, saya main e-sport dan kini dalam usaha menubuhkan pasukan saya sendiri dengan rakan-rakan yang lain.
“Sudah pasti saya terkenang (kejayaan menjuarai dua pusingan) kerana ia adalah impian saya.
“Setiap kali berlumba, saya mahu menang. Setiap perlumbaan, saya mahu berada di depan.
“Saya rasa semua pelumba mahu menang dan itulah sasaran saya.
“Cuma saya ada sedikit kecewalah tetapi macam mana pun, ia sudah lepas, jadi saya cuma tidak mahu pelumba Malaysia yang baru hendak meningkat menjadi seperti saya.
“Tetapi saya berbangga kerana saya merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi juara dalam dua perlumbaan, di Argentina dan Jerman.
“Saya gembira dengan diri saya. Apapun yang saya buat selepas ini, saya tetap gembira kerana ia sudah cukup menggembirakan.”
Menurut sumber, Motorsports Association of Malaysia akan bertemu dengan Khairul untuk berbincang tentang masa depannya, jadi kita akan lihat apa yang akan berlaku dengan situasi KIP.
KERJAYA LUMBA KIP
Cinta Khairul Idham Pawi terhadap motosikal dan perlumbaan bermula ketika dia baru berusia tiga belas tahun. Dia mula perjalanan perlumbaannya pada tahun 2014 sebagai Juara Junior Challenge Cup Honda Wave. Dua tahun kemudian, dia mara ke PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship dan Asia Dream Cup, di mana dia merangkul gelaran kedua kejuaraan pada tahun 2014.
Setahun kemudian, pada tahun 2015 Super KIP melangkah ke FIM CEV Junior World Championship di Sepanyol. Pada musim yang sama, KIP juga membuat debut Grand Prix di GP Argon. Setelah menduduki tempat keenam dengan tiga podium dalam Junior World Championship, KIP memasuki Kejuaraan Dunia Moto3 pada tahun 2016. Pada musim itu, KIP mengejutkan semua orang dengan kemahiran menunggang bawah cuaca basah dan kemenangannya di Jerman dan Argentina.
Hanya setahun kemudian pada tahun 2017, KIP melonjak ke Kejuaraan Dunia Moto2. Namun, semasa perlumbaan keempat musim 2019 (tahun pertama KIP bersama PETRONAS Sprinta Racing), KIP mengalami kecederaan tangan yang teruk. Berikutan ini, KIP memutuskan untuk kembali ke Moto3 untuk 2020 namun, dia tidak dapat mencapai gol bersama pasukan itu kerana kecederaan tangan.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS