IA KINI DATANG DENGAN PERANTI SIRI 50 BAGI 50S DAN 50R.
Sena telah melanjutkan kemampuan headset Bluetooth motosikalnya dengan sepasang peranti siri-50 topi keledar baru. Ini termasuk mesh networking, pengecasan pantas, kemas kini automatik, dan pembesar suara yang lebih lantang dan mempunyai lebih bass. 50S dan 50R terdiri daripada perkakasan yang sama dengan interface dan saiz bateri yang sedikit berbeza.
Menurut New Atlas, kedua-dua peranti boleh dipasang dengan mengguna sistem clamp mount Sena atau sticker mount. Kedua-dua juga datang dengan pilihan mikrofon dan pembesar suara baru. Perbezaan utama antara mereka adalah kawalan dan saiz bateri. Versi S memberi penunggang jog dial dan R mempamerkan interface tiga butang. Versi R mempunyai sejam kurang masa bercakap (talk time) Bluetooth berbanding dengan versi S yang datang dengan 14 jam.
Dengan Bluetooth 5.0, kedua-dua versi boleh menjalani fungsi biasa telefon, lagu dan sistem GPS. Ini termasuk arahan suara pelbagai bahasa. Reka bentuk baru pembesar suara rasa lebih selesa pada telinga kerana ia memberi keselesaan bagi kegunaan sepanjang hari. Ia merangkumi kelantangan yang lebih tinggi, bass yang lebih banyak, kejelasan dan tindak balas yang lebih baik.
Process mengecas juga lebih pantas sebanyak 30% dan akan ambil satu jam sahaja. Dengan menyambung ke Wi-Fi, ini membolehkan muat turun kemas kini secara automatik. Harga bagi 50S dan 50R adalah AS $339 (RM1714.90) bagi satu atau $599 (RM2,514.50) untuk set kembar.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS