EKSPORT BAJAJ AUTO TELAH MELEBIHI JUALAN PASARAN BAGI JANUARI DAN DISEMBER.
Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto telah menjual lebih kenderaan dua roda di luar India pada Janurari dan Disember berbanding dengan jualan di India pada dua bulan tersebut. Jenama India ini memberi lebih fokus pada pasaran antarabangsa berbanding dengan pasaran tempatannya untuk mendapat lebih jualan.
Eksport dua roda Bajaj pada bulan Januari dan Disember meningkat sebanyak 19 dan 13 peratus. Sementara itu, jualan dalam negeri masing-masing menurun sebanyak 22 dan 21 peratus dalam tempoh dua bulan yang sama. Inilah kali pertama dalam tempoh dua tahun di mana eksport global Bajaj telah melebihi jumlah domestiknya. Biasanya, eksport akan berjumlah 40 peratus daripada pengeluaran Bajaj, seperti pada tahun kewangan lepas.
EKSPORT DUA RODA BAJAJ SEMASA BULAN JANUARI DAN DISEMBER MENINGKAT SEBANYAK 19 DAN 13 PERATUS DAN PADA MASA YANG SAMA JUALAN TEMPATANNYA MASING-MASING JATUH 22 DAN 21 PERATUS.
Menurut Money Control, aktiviti-aktiviti dalam pasaran tempatan telah perlahan dalam beberapa tahun ini. Namun, Bajaj berjaya mengatasi masalah ini dengan memperluaskan pasaran eksportnya untuk menghentikan kesan kelembapan domestik. Seperti data yang diberi oleh syarikat, saham eksport Bajaj capai 53 peratus pada Januari. Ia adalah pengeksport utama untuk dua dan tiga roda di lebih daripada 70 buah negara untuk beberapa tahun ini.
“Tinjauan untuk eksport tetap stabil sekurang-kurangnya dalam beberapa suku atau tiga suku seterusnya. Kira-kira dua hingga tiga suku yang lalu agak stabil. Dan kami harap perkara yang sama akan berlaku. Pemandu sebenar untuk penumbuhan adalah Afrika, terutamanya Nigeria dan Afrika Timur. Kawasan-kawasan ini memacu pertumbuhan Afrika dan sebenarnya untuk keseluruhan perniagaan antarabangsa, “kata Rakesh Sharma, Ketua Pegawai Komersil & Pengarah Eksekutif, Bajaj Auto, seperti dipetik dari Money Control.
“Filipina telah melakukan sangat baik. Kami mempunyai kedudukan yang hebat di sana. Bangladesh juga telah menjadi pasaran yang sangat besar, tetapi ia mempunyai beberapa masalah dan oleh itu pasaran tersebut turun tetapi kami menjangkakan pasaran Bangladesh juga akan kembali,” tambah Sharma.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS