GRAND PRIX ASIA AKAN BERLANGSUNG DI SEMARANGM, INDONESIA DAN MONSTER ENERGY YAMAHA BERHARAP UNTUK PERMULAAN YANG POSITIF.
Monster Energy Yamaha Factory MXGP berada pada puncak prestasi selepas dua kemenangan pusingan MXGP berturut-turut di Indonesia. Pelumba Romain Febvre dan Jeremy Seewer berjaya untuk meneruskan kemenangan podium Yamaha buat kali kedua. Di samping Monster Energy, duo Wilvo Yamaha MXGP Gautier Paulin dan Arnaud Tonus, mereka akan menuju sejauh 1,000 kilometer dari Timur Tengah ke Semarang di mana mereka mempunyai matlamat untuk mendapat kemenangan podium.
Jika sekurang-kurangnya dua pelumba mendapat podium di dalam kelas utama, ia akan menjadi podium dua kali berturut-turut bagi Yamaha dan YZ450F musim ini. Jika seorang penunggang membuat podium, ia akan menjadi podium kelima belas untuk Yamaha, dan kesembilan berturut-turut musim ini.
ROMAIN FEBVRE (MONSTER ENERGY YAMAHA FACTORY MXGP)- APA YANG DIJANGKAKAN?
“Kami datang dari Palembang ke Semarang kerana saya ingin guna masa untuk untuk rehat oleh sebab hujung minggu yang memenatkan di bawah haba teruk. Kami hilang beberapa kilogram dan air. Ia amat penting bagi kami untuk jaga diri supaya ia lebih senang minggu ini dan hujung minggu depan. Saya akan berlatih dengan Ben Watson kerana kami tinggal dalam hotel yang sama dan justeru akan bersiap sedia untuk hujung minggu, “kata Febvre seperti dipetik dari Yamaha Racing.
JEREMY SEEWER (MONSTER ENERGY YAMAHA FACTORY MXGP)- APA YANG DIJANGKAKAN?
“Kami telah ke Semarang, jadi kami tahu apa yang diharapkan. Lintar sangat menarik, ia berbeza dengan apa yang kita telah hadapi hujung minggu lalu. Ia lebih cepat dengan lebih banyak aliran dan lompatan yang lebih besar. Saya suka tahun lepas, tetapi saya mengalami kemalangan besar. Saya berharap untuk pergi ke sana, saya rasa kemenangan GP adalah satu kemungkinan, tetapi saya akan pergi ke sana dengan tujuan sendiri dan melihat bagaimana keadaan berlaku. Pasti, apabila ia ‘hari’ saya, saya boleh memenangi perlumbaan, tetapi saya akan pergi sana untuk melakukan yang terbaik.”
GAUTIER PAULIN (MONSTER ENERGY WILVO YAMAHA MXGP)- APA YANG DIJANGKAKAN?
“Saya sangat suka litar di Semarang tetapi di Indonesia anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Ia boleh menjadi satu trek, atau trek lain dalam masa 30 saat bergantung kepada cuaca dan faktor lain. Litar itu benar-benar baik tahun lepas, jadi saya harap mereka melakukan kerja yang baik walaupun saya telah dengar ia sedikit lebih kecil tahun ini, bagaimanapun, saya akan ke sana dan menanti hujung minggu yang baik.”
ARNAUD TONUS (MONSTER ENERGY WILVO YAMAHA MXGP)- APA YANG DIJANGKAKAN?
Saya tidak sabar untuk ke Semarang. Ia hanya beberapa hari lagi dan selepas hujung minggu yang sukar, ia akan menjadi baik untuk berada di sana untuk cuba semula. Litar itu kelihatan bagus! Saya tidak berada di sana tahun lepas tetapi ia kelihatan sangat cepat dengan banyak lompatan dan hard pack, jadi ia amat sesuai dengan gaya lumba saya, dan saya hanya berharap untuk berada di sana dan mempunyai beberapa perlumbaan yang solid supaya kami dapat bangkit dari hujung minggu lalu.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS