PATEN BARU MENDEDAHKAN RANCANGAN HONDA UNTUK MENGHASILKAN CB125X DAN CB125M. KEDUA-DUA INI ADALAH MOTOSIKAL KONSEP YANG DILIHAT PADA EICMA TAHUN LEPAS.
Kami semakin mendekati bahagian tahun dimana kami mendapat informasi mengenai motosikal baru setiap hari. Kali ini pula, maklumat tersebut merujuk kepada Honda. Menurut set paten gambar baru, Honda merancang untuk mengeluarkan CB125X dan CB125M. Kedua-dua motosikal ini telah didedahkan sebagai motosikal konsep pada acara motosikal EICMA Milan tahun lepas.
Rupa futuristik pada kedua-dua motosikal ini memberi orang ramai pandangan bahawa ia adalah salah satu latihan reka bentuk dari Honda. Namun, Honda mendapati orang ramai bertindak balas dengan baik terhadap CB125X dan CB125M. Jadi pengeluar Jepun ini akan memastikan motosikal-motosikal ini menjadi satu realiti.
Versi X adalah model trail dengan sikap asphalt, manakala M adalah untuk versi motard yang bertujuan untuk berseronok di jalan raya. Kedua-dua motosikal didatangkan dengan enjin sejukkan cecair modern 125cc. Komponen casis yang dilihat pada versi konsep akan didapati pada model pengeluaran. Tetapi kami menjangka Honda akan memperkenalkan komponen dengan speksifikasi rendah. Terutamanya suspensi yang tidak boleh laras.
Lukisan patent yang telah sampai domain awam baru-baru ini mendedahkan bahawa versi pengeluaran tidak akan mempunyai banyak perbezaan. Honda memang akan mempunyai beberapa perubahan untuk memastikan ia lulus homologation di beberapa negara lain. Tetapi CB125X dan CB125M pasti seronok untuk ditunggang, terutamanya penunggang baru.
Sejak gambar-gambar ini agak baru, kami jangka motosikal-motosikal ini tidak akan didedahkan dalam rupa versi pengeluaran pada EICMA seterusnya. Sebaliknya, Honda mungkin mengambil sedikit masa untuk memperkenalkannya kepada pengedar. Mungkin kita akan melihat mereka dijual pada tahun 2021.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS