SUKA MOTOSIKAL VINTAJ? ANDA PASTI AKAN SUKA INI! LIHATLAH HASIL DODD DENGAN SUZUKINYA
Jika anda minat motosikal dengan gaya vintaj dan klasik, motosikal ini mungkin menarik perhatian anda. Ini adalah Suzuki FR50 dari 1970-an. Menurut Pipeburn, motosikal kustom kecil ini adalah hasil kerja pembina motosikal Mike Dodd.
PROSES- SUZUKI FR50 KUSTOM
Berasal dari Auckland, New Zealand, Mike sebenarnya mengambil Suzuki 1970 FR50-nya dan mempunyai idea untuk mengubah motosikal ini kepada sebuah skuter utiliti. Selepas mengujinya untuk beberapa minggu, Mike memutuskan bahawa motosikal ini kurang dari segi kuasa dan mula memotong seluruh rangka keluli bawah dan memasang enjin pit-bike 125cc baru.
“Saya bercadang untuk menukar gaya motosikal ini dan memberinya gaya chopper” kata Mike menurut Pipeburn.
“Saya melentur dan mengimpal palang splitter dari beberapa tiub berlebihan dan mereka satu rangka belakang baru yang cukup besar untuk 6 tin bir. Saya juga telah mereka beberapa hard-tail struts untuk merendahkan pelindung belakang ke tayar”.
Mike telah melakukan banyak perubahan terhadap tangki bahan api, pelindung belakang dan ekzos. Dia juga mengubah suai tabung dan lengkung tahan karat. Mike mengakui bahawa dia menghabiskan masa secara manual memesin lampu belakang dari sekeping aluminium.
“Saya mengubah suai pelindung kaki untuk memasang enjin baru. Selepas itu saya mengeluarkan bahagian-bahagian yang tidak diperlukan untuk mengurangkan berat keseluruhan dan memasang semula bahagian yang baru dicat. Kemudian, saya memasang tayar yang besar dan guna lampu kabut kecil sebagai lampu depan. Saya memindah sistem pencucuhan ke sisi penutup. Akhirnya, saya menyesuaikan tuas pilihan dan kawalan supaya sesuai dan berfungsi seperti yang diharapkan.”
Seluruh projek ini tidak menelan banyak wang tetapi hasilnya pasti tidak ternilai. Prestasi dan gaya luaran motosikal tidak mengecewakan kami sama sekali!
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS