KTM 1290 Super Adventure baru tahun 2020 telah dilihat sedang menjalani sesi uji dan terdapat beberapa ciri yang membezakannya daripada model terkini.
Salah satu ciri baru model generasi baru ini adalah beberapa panel badan baru yang reka bentuknya selaras dengan KTM 790 Adventure dan motosikal rally kilang. Ia dilengkapi dengan suspensi WP pada bahagian depan dan belakang.
Radiator pada motosikal ini kini lebih lebar dan panel-panel baru meliputi sebahagian besar enjin dan rangka trellis.
Ia amat jelas bahawa cermin kini boleh laras dan mungkin dilakukan secara elektrik. Ia juga mempunyai lampu kecil baru dan mungkin akan dapat lampu LED bersama-sama dengan daytime running lamps.
Singgah lagi untuk maklumat lanjut!
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS