Ia merupakan satu hari yang sedih bagi peminat World Superbike apabila pasukan Ten Kate mengumumkan bahawa mereka muflis selepas perkongsian dengan korporat Honda Racing diakhiri. Pasukan Belanda, diketuai oleh Ronal Ten Kate dengan abangnya Gerrit telah berlumba dengan mengguna motosikal Honda pada peringkat World Superbike dan Supersport selama 18 tahun. Mereka telah berjaya untuk mengumpul sebanyak 10 kejuaraan dunia dan dikenali sebagai satu pasukan yang paling penting dalam kejuaraan ini.
Pengumuman dari Honda untuk kembali ke World Superbike dengan pasukan pengilang (Factory Team) dan Althea Racing serta Moriwaki sebagai rakan kongsi baru mereka, Ten Kate ditinggalkan tanpa sebarang pengilang motosikal bagi tahun 2019 pada saat terakhir. Keputusan tersebut menjadikannya mustahil bagi pasukan Ten Kate untuk mendapatkan dana yang diperlukan untuk berterusan.
Pada masa kini, pasukan Belanda ini telah mengesahkan bahawa mereka muflis tetapi sedang berusaha untuk kembali ke perlumbaan di peringkat dunia pada musim 2019. Tambahan pula, mereka juga berjanji untuk kembali sepenuh masa pada 2020 jika mereka tidak mendapat dana yang diperlukan untuk musim 2019.
Siaran akhbar yang diberi kepada pihak media hari ini mengesahkan perniagaan Ronald ten Kate dan Gerrit sebagai pengedar Honda tidak terjejas dan mereka akan terus berusaha sebagai peniaga Honda terbesar di Eropah Utara.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS